episod 1 dalam hati ada taman

Dalam Hati Ada Taman Online – Episod 1

episod 1 dalam hati ada tamanTonton Online Dalam Hati Ada Taman ( Episod 1 ) . Disediakan oleh Astrogempak.com.my . Dalam Hati Ada Taman di lakonkan oleh Elfira Loy, Randy Pangalila , Hanez Suraya, Amar Asyraf, Amy Mastura, Liza Abdullah, Rizman, Didie Alias, Sharifah Sakina, Sharifah Shahora, Faizal Hussein, Bambi Ratno.

 Jom layan..

P/S : Akhirnya dapat jugak daku menonton drama ini secara online. Sebab nya kelmarin balik kampung.. di kampung tak de astro 🙂 . Dah tersuka drama lakonan Elfira Loy yang lepas yang bertajuk biar mimpi sampai ke bintang . Rasa tak sabar nak tengok drama ni pulak.

 Artikle berkaitan :

  1. Preview Dalam Hati Ada Taman – Astro Ria (104)
  2. Biodata Randy Pangalila dan Biodata Elfira Loy Pelakon Biar Mimpi Sampai Ke Bintang
putera rayyan tv3

Drama Putera Rayyan – Samarinda TV3

Episod pertama drama ” PUTERA RAYYAN ” akan di tayangkan pada hari ini (31 oct) jam 10.30 di dalam slot samarinda TV3. Drama Putera Rayyan akan dilakonkan oleh Kamal Adli, Nad Zainal, Miera Liyana, Luftya, Aida Aris, Zila Bakarin, Shahee, Razali Hussin dan Zuhairi Ibrahim.

putera rayyan tv3

Sumber gambar : Fanpage TV3 Malaysia

Selepas baca sinopsis drama Putera Rayyan apa yang saya dapat simpulkan … kisah drama ini berkisar kisah alam rumahtangga , harta dan darjat jadi pertaruhan. Putera Rayyan berketurunan di raja menyamar menjadi pekerja di syarikat Dato’ Norman. Anak Dato’ Norman Arisa dan Anisa juga bekerja di situ .. kemudian terjadi lah kisah ala-ala bawang merah , bawang putih atau ala-ala drama ku milikmu . Tak nak cerita pepanjang disini .. korang tengok pun mesti dapat nilai .. tak begitu ?  Kalau penonton setia drama TV3 mesti ingat drama ku milikmu tersebut. 🙂 walau apa pun sama-sama nantikan episod pertama Putera Rayyan ni .

harga nissan almera 1.5L | gambar nissan almera 1.5l

#WW :Foto Nissan Almera 1.5L

Amboi Nissan Almera 1.5L  phewwittt ….. cari gambar bonet je dulu tapi tak jumpa .. entah kenapa suka tengok bonet kereta dulu ..

harga nissan almera 1.5L | gambar nissan almera 1.5l

sumber foto : http://paultan.org

Buat Bekam Di Taiping

Kami buat bekam di Taiping. Balik taiping dengan 1001 tujuan. Tujuan utama nak tolong menyibuk dalam rombongan meminang sepupu , lepas tu sebab raya haji dan kemudian nak cari tempat bekam atau perubatan tradisional , lepas tu cari baju sekolah aliya. Macam-macam agenda … mana tak terabai blog ni. Kalau sebelum ni saya upload gambar burung merpati di dalam blog ni itu semasa di Kamunting Taiping. Banyak perubahan ..tiba2 ada pula banyak burung merpati di situ.

Orang kata bekam ni sunnah nabi dan elok untuk orang yang ada penyakit kronik , tapi bukan boleh buat sekali terus nampak kesan. Orang macam kay ni memang di sarankan buat 2 minggu sekali , tetapi ye lah .. bila balik KL sibuk satu macam je pulak. Mana nak cari pusat bekam dekat-dekat rumah ni pun tak tau ..

Sedut kulit sampai nampak lebam gitu , lepas tu buka dan cucuk pulak dengan jarum kecik .. kay cakap tak sakit .. kecuali di bahagian kaki .. ye lah kulit takde lemak agak nya.

Rawatan bekam bermula dengan letak botol-botol kaca , pam atau sedut kulit sampai nampak lebam , cucuk sikit guna jarum untuk keluarkan darah. Mula-mula rasa mcm saya teringin nak buat ..tapi bila fikirkan pam kulit lepas tu cucuk .. memang tak le… seram sikit bab cucuk-cucuk ni .. kena cucuk atau suntik pun semasa mengandung dan nak beranak je .. tu pun terpaksa rela.

Orang yang buat bekam cakap .. kalau dalam balang nampak berwap macam tu , bermakna dalam darah ada banyak kolesterol , angin atau toksin.

Bekam disini di buat 3 kali , cucuk pun 3 kali .. nak tergelak bila pengamal bekam ni cakap .. kalau nampak pesakit rasa sakit sangat dia kurang dikit cucuk , kalau pesakit nampak macam rileks boleh lah cucuk banyak sikit.. perghhh ..

Darah beku .. pengamal bekam cakap banyak kolesterol , toksin dan asid dalam darah .. orang lelaki elok sangat buat bekam sebab orang lelaki tak de datang bulan so darah beku atau darah kotor tak di buang dari badan , beza orang perempuan , tiap-tiap bulan buang darah kotor. 😛

Kalau nak pergi call je Hajjah Hayati 019-5788529 pernah masuk TV3 katanya ..

Dapat jugak info , kata bekam ni paling sesuai untuk orang yang sakit gout … banyak lah penyakit yang boleh di rawat dengan cara berbekam ni … saya nak follow up bekam untuk kay … tapi nampak tuan badan macam kisah tak kisah je .. tu pun jenuh di ajak baru pergi.

Harga bekam di sini RM80 untuk satu badan. RM40 untuk satu2 kawasan. Ok lah kot kan ? entah tak pernah survey harga bekam pun ..redah je .. tapi ada member instagram cakap dia pula di cas ikut harga botol tu .. satu RM15 sekali buat dalam 20-30 botol.

Lepas kay buat bekam , saya pulak buat urutan refleksologi .. sakitnya kena picit .. lepas balik badan rasa letih lain macam ..esok nya sengal-sengal satu badan ..dah lah nak raya .. tapi memang dah tahu urutan refleksologi ni memang akan ada kesan sebab urutan nya tuju ke urat-urat .. lepas tu ringan je badan .. alaa seronoknya kalau duk taiping. Taiping di hatiku ..  🙂

pengedar alpha lipid sd2 halal

Susu Alpha Lipid SD2 : Bagaimana ianya bertindak? Pengedar Alpha Lipid SDII

pengedar alpha lipid sd2 halalIni adalah iklan ALPHA LIPID SD2 oleh Puan Mia Adlin ( 010-221 9220 ) Atau hubungi admin sendiri 012-2463638 latifah . post melekat selama 24 jam.  Sekarang memang sana sini dengar dan nampak orang bercakap-cakap pasal Alpha Lipid SD2 ni. Sejauh mana kebersanannya  ? kenalah cuba dan buat testimoni atas diri sendiri dulu. Tapi saya pernah dapat testimoni menakjubkan dari kawan sendiri juga. Macam best kan ? sebelum tu kalau sesiapa hendak cari pengedar Alpha Lipid SD2 di internet ni boleh lah hubungi Puan Mia Adlin di nombor yang saya sertakan di atas yek ..

alpha lipid SD2 halal ke ?

Alpha lipid SD2 adalah Halal 

Adakah anda gemuk / obes? Jangan bimbang kerana anda tidak keseorangan. Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 16.8juta rakyat Malaysia kini menghadapi masalah lebihan berat badan. Ia tidak hanya melibatkan kaum wanita, malahan turut melanda kaum adam.

Namun, lambakan produk pengurusan badan di pasaran membuatkan anda keliru untuk memilih produk yang selamat dan berkesan. Dengan pelancaran produk Susu Alpha Lipid SD2, persoalan tersebut tidak lagi menjadi masalah. Produk ini telah terbukti menurunkan sehingga 2-5kg dalam masa seminggu dan seterusnya mengekalkan berat ideal anda.

testimoni pengguna alpha lipid sd2

Apakah Susu Alpha Lipid SD2?

Alpha Lipid SD2 merupakan campuran komprehensif protein isolate bukan GMO, serat, ekstrak daun teh hijau, vitamin dan mineral. Produk ini membantu anda dalam proses pembakaran lemak dalam badan secara semulajadi yang menghasilkan keton dan disebut sebagai ketosis.

Alpha Lipid SD2 merupakan program pengurusan badan yang pertama mengamalkan teknik diet tanpa berlapar, di mana anda tidak perlu meninggalkan rutin pemakanan harian anda sepanjang tempoh berdiet. Oleh itu, anda tidak akan merasa letih dan lesu walaupun proses pembakaran lemak sedang rancak berlaku dalam badan anda.

kurus dengan alpha lipid sd2

Formula Efektif Alpha Lipid SD2

Kandungan semulajadi Alpha Lipid SDII adalah lengkap untuk menggalakkan proses penurunan berat badan dan seterusnya mengekalkan kelangsingan anda dalam jangka masa panjang:

  1. Ekstrak daun teh hijau (green tea) membantu meningkatkan metabolisma dan penggunaan tenaga. Selain itu, ia juga adalah antioksida yang kuat
  2. Formula tinggi protein memperbaiki jisim otot dan turut meningkatkan tahap metabolisma
  3. Tambahan serat/ fiber membantu sistem penghadaman (melawaskan) dan memberi rasa kenyang lebih lama (elak Gastritis)
  4. Formula Alpha Lipid bertindak untuk penyerapan nutrien dan vitamin yang lebih baik dan berkesan
  5. Kelebihan Alpha Lipid SD2
  6. Selamat dan Efektif kerana berasaskan bahan semulajadi
  7. Telah menghapuskan 6000 tan lemak seluruh dunia sepanjang 21 tahun di pasaran
  8. Menurunkan berat badan tanpa diet ekstrim, anda perlu makan seperti rutin biasa
  9. Menegangkan kulit dan tiada gelebehan kerana berasaskan protein soya
  10. Mengurangkan masalah berkaitan obesiti spt sakit lutut, darah tinggi dan kencing manis
  11. Menjimatkan (kos penurunan per KG lebih murah) dan mudah (semua dalam 1 produk)
betul ke boleh kurus dengan alpha lipid SDII

Bagaimana Mendapatkan Alpha Lipid SD2?

Sudah tiba masanya anda melupakan diet yang lama dan beralih kepada produk pengurusan Susu Alpha Lipid SD2 yang terbukti mudah, selamat dan berkesan.

Namun, anda masih perlu berhati-hati dengan produk tiruan yang hadir dalam pasaran. Dapatkan produk Alpha Lipid SD2 yang tulen, hanya dari pengedar yang bertauliah.

Sila hubungi Puan Mia Adlin (010-221 9220) atau layari blog beliau di www.rahsiaslimdiet.com untuk sebarang pembelian/ info lanjut berkenaan produk.

Atau hubungi admin sendiri 012-2463638 latifah

gambar 2013

Cuti Umum 2013 di Malaysia

Seperti biasa cuti umum 2013 di Malaysia juga akan di tulis dan di kongsikan di blog ini bagi memudahkan pejalanan aktiviti sepanjang tahun. Sebelum itu tuan/puan boleh tengok jadual cuti sekolah 2013 DISINI bagi memantau dan mengatur aktiviti sepanjang tahun 2013 nanti.

gambar 2013

Cuti umum disenaraikan mengikut bulan bagi sepanjang tahun 2013 di bawah.

Januari 2013

  • 1 Januari   – Selasa – Cuti Menyambut Tahun Baru – Semua negeri terlibat Johor , Kedah , Kelantan , Perlis , Terengganu .
  • 14 Januari  – Isnin –  Hari keputeraan yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan – Negeri Sembilan sahaja.
  • 20 Januari –  Ahad  – Hari keputeraan Sultan Kedah  – Negeri Kedah sahaja.
  • 24 Januari – Khamis   – Maulidur rasul – semua negeri terlibat.
  • 27 Januari – Ahad – Thaipusam – Kuala Lumpur , Putrajaya , Negeri Sembilan , Johor , Perak , Pulau Pinang & Selangor.

Febuari 2013

  • 10 Febuari – Ahad – Tahun Baru Cina – Semua negeri terlibat.
  • 11 Febuari – Isnin – Tahun Baru Cina Hari Ke – 2 – Semua negeri terlibat kecuali kelantan dan terengganu.
Mac 2013
  • 4 Mac – Isnin – Hari Ulangtahun Sultan Terengganu – Terengganu sahaja.
  • 29 Mac – Jumaat –  Good Friday – Sabah & Sarawak sahaja .
April 2013
  • 15 April – Isnin – Hari pengisytiharan Melaka sebagai bandaraya bersejarah  – Melaka sahaja.
  • 19 April – Jumaat – Hari Keputeraan Sultan Perak- Perak sahaja terlibat.
  • 26 April – Jumaat – Hari Keputeraan Sulatan Terengganu – Terengganu sahaja terlibat.
Mei 2013
  •  1 Mei- Rabu – Hari Pekerja – Semua negeri terlibat.
  • 7 Mei – Selasa – Hari Hol Pahang – Pahang sahaja.
  • 17 Mei Jumaat – Hari Keputeraan Raja Perlis – perlis sahaja.
  • 24 Mei – Jumaat – Hari Wesak – Semua negeri terlibat.
  • 30 & 31 Mei –  Khamis & Jumaat – Pesta Keamaatan Sabah – Sabah & Labuan sahaja.

Jun 2013

  • 1 Jun – Sabtu – Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Agong – Semua negeri terlibat.
  • 1 & 2 Jun – Sabtu & Ahad – Hari Gawai Sarawak – Sarawak.
  • 6 Jun – Khamis – Israk Mikraj  – Kedah , Negeri Sembilan & Perlis Sahaja.

Julai 2013 

  • 7 Julai – Ahad – Georgetown  World Heritage City Day – Pulau Pinang Sahaja.
  • 10 Julai – Rabu –  ***  Awal Ramadhan – Johor , Kedah & Melaka sahaja.
  • 13 Julai – Sabtu – Hari Keputeraan Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang.
  • 26 Julai – Jumaat – Nuzul Al-Quran – Kelantan , Pahang , Perak , Perlis , Peneng , Selangor & Terengganu.

Ogos 2013

  • 8 & 9 Ogos – Khamis & Jumaat – *** Hari Raya Puasa – Semua negeri.
  • 31 Ogos – Sabtu – Hari Kemerdekaan – Semua Negeri

September 2013

  • 7 September – Sabtu – Hari Keputeraan Yang Di Pertua Sarawak – Sarawak.
  • 16 September – Isnin – Hari Malaysia – Semua Negeri.

Oktober 2013 

  • 5 Oktober – Sabtu – Ulangtahun Yang Di- Petua Negeri Sabah – Sabah sahaja.
  • 12 Oktoer – Sabtu – Hari Keputeraan Yang Di – Pertua Negeri Melaka – Melaka.
  • 15 Oktober – Selasa – ***Hari Raya Haji / Hari Raya Qurban  – Semua Negeri.
  • 16 Oktober – Rabu – ***Hari Raya Haji 2 / Hari Raya Qurban  2 –  Kedah , Kelantan , Perlis & Terengganu
  • 24 Oktober – Khamis – Hari Keputeraan Sultan Pahang – Pahang.
November 2013
  • 2 November – Sabtu – Deepavali – Semua negeri kecuali Sarawak & Labuan
  • 5 November – Selasa – Awal Muharam ( Maal Hijrah ) –  Semua Negeri.
  • 11 & 12 November – Isnin & Selasa – Hari Keputeraan Sultan Kelantan – Kelantan.
  • 22 November – Jumaat – Hari Keputeraan Sultan Johor – Johor.
Disember 2013
  • 9 Disember –  Isnin – Hari Hol Almarhum Sultan Johor – Johor .
  • 11 Disember – Rabu – Hari Keputeraan Sultan Selangor – Selangor.
  • 25 Disember – Rabu – Hari Krismas – Semua Negeri.
( ***  Tertakluk kepada perubahan.)
Fuhhh .. sampai berjam-jam taip ni .. satu cabaran untuk saya .. hampir putus asa untuk siapkan , makan masa dan jemu … namun berjaya di siapkan .. demi kemudahan saya dan pembaca blog ni jugak nanti.. senang kan …  sila bookmark page  Cuti Umum 2013 di Malaysia  ini sekarang .. ewahh …. 🙂

kamera AES

Apa itu Kamera AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik)

Apa itu kamera AES ? Saya sejujurnya telah pun di saman dek kerana tertembak oleh kamera AES ni. Memang real gambar kesalahan , no plat kereta , gambar pemandu nya sekali pun terang jek. Nasib gambar suami saya , kalau saya kena comfirm kena bebel. Biasalah ..

Sebelum ni saya dengar orang cakap-cakap pasal kamera AES .. bagi saya buat apa nak kisah sebab saya memang jenis ikut tanda yang di sediakan di jalan raya. Kalau 60 saya cuba bawak kereta jadi 60 juga. Pemandu berhemah katakan… Tetapi dah suami saya kena pula , so saya kena ambil tahu dan beri peringatan pada beliau selalu.

kamera AES

Gambar Instagram Follow @Puanbee

Bila musim balik kampung atau perayaan kami adalah salah sebuah keluarga yang akan bergerak dari Kuala Lumpur ke Perak. Kadang-kadang ikut jalan kampung. Kadang-kadang ikut jalan highway.

Apa itu kamera AES ?

  1. AES ialah suatu sistem penguatkuasaan yang dijalankan secara automatik 24 jam tanpa henti

Bagaimana kamera AES berfungsi?

  1. AES akan dipasang di lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti ( hot spot ) dan beroperasi 24 jam tanpa henti.
  2. Kamera disambungkan ke pengkalan data JPJ.
  3. Apabila sesebuah kenderaan melalui kawasan tersebut, jika melebihi had laju yang ditetapkan, maka gambar kenderaan akan diambil dan dihantar ke pusat pemprosesan gambar serta pengkalan data JPJ.
  4. Jika disahkan melakukan kesalahan, maka saman akan terus dikeluarkan kepada pemilik kenderaan.

Kesalahan yang dirakam melalui kamera AES

  1. Memandu di lorong bas  ( Tak tahu pulak memandu di lorong bas menjadi satu kesalahan 🙂 )
  2. Memandu melebihi hadlaju
  3. Tidak mematuhi lampu isyarat
  4. Tidak memakai tali pinggang keselamatan.
  5. Menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

Agensi kerajaan yang terlibat di dalam perlaksanaan AES

  1. AES adalah di bawah pengawasan Kementerian pengangkutan Malaysia. Terdapat 3 agensi di bawah naungan Kementerian Pengangkutan yang bertanggungjawab secara langsung ke atas perlaksanaan AES ialah
  2. JPJ bertanggungjawab melaksanakan AES secara langsung dan merupakan pengguna terakhir  kepada sistem AES.
  3. MIROS bertanggungjawab dalam penentuan lokasi pemasangan kamera daripada blackspot ( kawasan sering berlaku kemalangan) dan kajian tentang  keberkesanan AES.
  4. JKJR bertanggungjawab dalam menentukan lokasi dan kempen kesedaran jalanraya mengenai AES.
  5. PDRM akan menggunakan AES untuk mengesan jenayah dan tugas-tugas trafik.
  6. Control Centre AES mempunyai Bilik Kawalan PDRM dan JPJ.
  7. Mobile unit AES akan dikendalikan PDRM dan JPJ.

Sumber : http://portal.jpj.gov.my & dkna.my

 

Cemburu tanda belum masa boleh ada adik

Orang kata lah …. bila anak cemburu sangat bermakna dia belum bersedia nak ada adik.. si laila ni memang nampak lain sikit dari kakak-kakak dia. Dulu aliya .. umur 3 tahun pun dah pandai sukakan baby atau kanak-kanak lain , mesti aliya akan pandai melayan dan buat perangai baik-baik.

Husna pula kecik lagi dah dapat adik .. so tak sempat nampak dia cemburu atau tidak. Walaupun husna manja tetapi husna faham bila orang cakap apa-apa pasal “adik” dan sanggup beralah dengan laila. Tetapi laila lain sangat peel dia .. seboleh daya dia tak nak beralah , faham dan sentiasa tarik perhatian kita untuk melayan dia sebagai budak kecik macam mana budak kecik yang ada di depan mata dia. Faham tak ?

cemburu di kalangan anak-anak

Kelmarin saya jaga ariff sekejap ( baby boy dlm gambar tu , umur baru 1 tahun 2 bulan kot , baru pandai bejalan je ) Saya bawak main di taman .. ada dialog yang nampak sangat laila cemburu tahap paling tinggi.. hahaa ~

Ibuuu buai laila laju-laju

ye okay ibu buai laju-laju

lepas buai laila saya mengadap ariff balik sambil pujuk-pujuk ariff naik buai , ye lah budak kecik kan takut-takut sikit. Tau-tau laila jerit lagi.

Ibuuuu buai lah pelahan-lahan

Lah pulak ? okay ibu buai pelahan-pelahan.

lepas tu pusing balik tengok ariff , risau ariff jatuh ke apa ke .. dia kan kecik ..laila dah besar. Lepas dua tiga kali laila jerit-jerit benda yang sama. Saya cakap ..

laila buai sendiri lagi senang.

Laila jerit lagi ..

Ibuuu datang sini kejap .. ibu duduk sini .. ibu pegang laila .. laila duduk atas ibu .. tau !

Ya allah .. nampak tak ? laila cemburu tak kasi layan ariff sebenarnya .. so demi pujuk laila saya ajak main papan jongket pula. Dalam fikiran saya papan jongket ni boleh layan laila dengan ariff sekali .. dan dah tentu ariff kena duduk dekat dengan saya … laila duduk berhadapan .. jawapan laila …

Tak nak .. nak duduk di mana ariff duduk .. tempat laila dekat ibu sebab laila anak ibu ..

cemburu

Selepas beberapa minit pujuk baru laila okay … boleh main sama-sama , tapi kejap je .. mengamuk jugak laila akhirnya .. terpaksa panggil umi ariff datang ambik ariff ..

Phewww ~ acaner ?  tahun depan laila dah 4 tahun .. Husna 6 tahun .. Aliya pulak 9 tahun … wahhh .. anak-anak i dah besar belaka…  kawan-kawan ramai tak kawin lagi .. yang dah kawin pun baru ada sorang dua anak yang kecil-kecil 😛

tip di dapur simpan tauge

Tips Dapur : Simpan Tauge

Tips didapur khas untuk wanita surirumah , daddydirumah dan lain-lain. Kadang-kadang benda simple ni yang kita tak tau dan akibatnya menyebabkan pembaziran. Biasa kan ? bila beli taugeh terbanyak sikit , tapi guna sikit je .. dah tu bila simpan dalam peti ais cepat je busuk dan menjadi hitam atau lebam lebam.

tip di dapur simpan tauge

Sini saya kongsikan tips untuk simpan taugeh tanpa menyebabkan berbau masam dan lebam-lebam .. boleh lah tahan seminggu .. tak kan dalam seminggu tu kita tak boleh habiskan tauge ni kan ?

Ikut step dalam gambar di atas :

  1. Masukkan taugeh di dalam plastik tambah air agak-agak kasi tenggelam semua taugeh.
  2. Ikat ketat
  3. Letak dalam peti ais korang..

itu je .. hihihi … selamat petang 😛

Jom tengok khasiat macam-macam jenis makanan yang saya telah tulis di dalam entri lepas ..  Tips & Khasiat