contest detik bersama sunlight

Senarai Peserta Facebook : Contest Detik Bersama Sunlight

Kepada pihak sunlight , tengok sini aje lah .. kalau tengok di facebook nescaya akan pitam lah pekerja sunlight tersebut selama 48 jam. Banyak sangat update ..

Nama peserta dan URL untuk peserta yang menggunakan facebook untuk upload gambar.

1 : Su Ajib Hashim – URL Gambar di Facebook –

contest detik bersama sunlight

2 : Ema Bellezza AbdGhani – URL Gambar di Facebook

contest detik bersama sunlight

3 : Ariessa Irdayu : – URL Gambar di Facebook

peserta facebook : contest detik bersama sunlight

4 : Aishahbee : – URL Gambar di Facebook

peserta facebook : detik bersama sunlight

5 : Bentara Comel – URL Gambar di Facebook

peserta facebook contest detik bersama sunlight

Sekian akan di update lagi .. selagi ada masa kan .. malas nak bebel dah biarlah gambar bercerita. Konon!

Kepada yang lain , jika berminat untuk sertai contest ini sila tengok maklumatnya di [ LINK ] ini. Submit sebelum jam 11.59 malam ni ya ..

contest detik bersama sunlight

Peserta 9 : Contest detik bersama sunlight

Ya .. peserta ke 9 dari blogger juga . Beliau merupakan pengomen tetap blog puanbee.com , terima kasih ya owner blog Oh!Budu.com. Sungguh unik nama blog kamu.

Kepada yang lain , jika berminat untuk sertai contest ini sila tengok maklumatnya di [ LINK ] ini. Submit sebelum jam 11.59 malam ni ya ..

contest detik bersama sunlight

bangun-bangun. drama sudah pun tamat. hehe. macam mana? best tak script yang aku tulis. ekceli, gambar kat atas tu masih baru tau. aku hampir lupa yang contest detik bersama sunlight tamat malam ini. jadi, aku cepat-cepat pergi ke PKT Besut harini, baru tadi. semata-mata nak beli produk sunlight yang dikatakan sangat berkesan membasmi kuman di pinggan mangkuk. dan kalau boleh tengok kat resit pembayaran tu, number of item yang dibeli adalah 1 sahaja iaitu pencuci SUNLIGHT. SUNLIGHT CUCUMBER to be exact! phew!

Baca entri sepenuhnya disini –> http://ohbudu.com/2012/07/29/contest-brought-to-you-by-sunlight-detik-bersama-sunlight/

p/s : Semua peserta saya akan update disini dan di letakkan di bawah labelDetik bersama sunlight.

detik bersama sunlight

Peserta 8 : Contest Detik Bersama Sunlight

Peserta 8 pula , syukur allhamdulillah semakin bertambah orang yang menyertai contest ini dan di taja sepenuhnya oleh sunlight. Terima kasih di ucapkan kepada owner blog alamhati.com. Singgah lah di blog beliau … saya terkejut juga apabila singgah di blog beliau ..sungguh minimalist. Salam kenalan Zifa dan terima kasih banyak ya 🙂

Kepada yang lain , jika berminat untuk sertai contest ini sila tengok maklumatnya di [ LINK ] ini. Submit sebelum jam 11.59 malam ni ya ..

detik bersama sunlight

Hujung minggu selalu jugak pergi Kuala Muda beli ikan. Macam-macam jenis ikan ada. Harganya pun murah. Orang memang ramai la. Biasa Hubby beli ikan direct atas bot nelayan. Plastik jangan lupa bawa sendiri. Kalau tak da bayar 20sen untuk plastik.

Selalunya Hubby beli banyak ikan. Dan Zifa la mangsanya nak siang ikan banyak-banyak dan kena bau hanyir ikan. Tapi mujur ada Sunlight. Kurangla bau hanyir ikan lepas siang ikan. Sinki pun shiny balik dan tak hanyir. Sebelum ni dah macam-macam pencuci pinggan yang guna, saja nak test lagipun Sunlight mahal cikit. Tapi tak ada setanding Sunlight. Ma kat kampung memang pakai Sunlight. Dari kecik yang tu je dia beli. Bila boring beli brand lain tapi tak lama. Sunlight datang singgah jugak.

Ni gambar yang Zifa pertaruhkan bagi Peraduan Detik Bersama Sunlight.

Baca entri sepenuhnya disini –>> http://www.alamhati.com/blog/2012/detik-bersama-sunlight/

p/s : Semua peserta saya akan update disini dan di letakkan di bawah label Detik bersama sunlight.

detik bersama sunlight

Peserta 7 : Contest Detik bersama sunlight

Fuhyoo .. asyik promot sunlight kalahkan duta sunlight.Kali ini peserta yang merupakan otai dalam dunia blog mahupun masakan kukis dia.. terangkat kukisnya setiap tahun , begitu juga blognya .. ye lah masa bulan ramadhan ni ramai orang cari resepi.

Terima kasih KakInaKL luangkan masa untuk upload gambar ni sampai pening-pening dah walaupun kakina sibuk sekarang ni , sangat terharu..

Kepada yang lain , jika berminat untuk sertai contest ini sila tengok maklumatnya di [ LINK ] ini. Submit sebelum jam 11.59 malam ni ya ..

detik bersama sunlight

Bila tiba bulan puasa, ada juga tempahan kukis coklat chip yang akak buat setiap tahun. Selepas sahur, akak akan memulakan projek mengadun doh kukis dan selalunya akan berlarutan sehingga ke tengahari jika tempahan terlampau banyak.

Apabila selesai, selalunya sinki akan penuh dengan loyang dan alatan bakeri yang kotor, berlemak, melekit dan berminyak kerana membuat kukis memang menggunakan mentega, gula, telur dan lain-lain. Tetapi itu semua semudah A, B, C apabila menggunakan sabun Sunlight.

Baca entri sepenuhnya disini — >>>  http://www.kakinakl.com/2012/07/detik-bersama-sunlight-kukis-kak-ina-kl.html

p/s : Semua peserta saya akan update disini dan di letakkan di bawah label Detik bersama sunlight.

peserta 6 contest bersama sunlight

Peserta 6 : Contest Detik Bersama Sunlight

Salam dari kejauhan , maaf ya .. sibuk bebenar dengan jadual anak-anak , sabtu temankan di kakak dan una ke kelas teater , malam nya dah pengsan awal , letih … hari ni petang tadi pun ada tadarus kanak-kanak , memandangkan kereta rosak jadi kami kena berjalan kaki untuk ke masjid yang jauh juga dari rumah. Selalunya naik kereta .. kesian juga pada anak-anak tapi dah janji dengan ustazah deme.. so blog ni memang agak terbiar…

Last minit ramai pula yang join .. haha terpaksa update laju-laju le korang. Takut orang sunlight tengok esok ada yang terlepas pandang pula , tak best gitu..

Jadi di ringkaskan bebelan keramat ni lah .. peserta ke – 6 kita adalah nandot , siapa yang belum kenal nadot harus kenal , beliau seorang yang happy go lucky ..suka tengok orang ceria begini sebab saya sejak jadi mak dah kurang ceria.. saya rasa lah ….

Kepada yang lain , jika berminat untuk sertai contest ini sila tengok maklumatnya di [ LINK ] ini. Submit sebelum jam 11.59 malam ni ya ..

peserta 6 contest bersama sunlight

Bacalah karangan dari Nawfal ni. Gile glemer betul mamat sorang ni ;p

“Hi! Saya Nawfal, anak teruna Mommy. Saya suka tolong mommy basuh pinggan, mangkuk, periuk dan lain-lain. Bukan apa, kesian Mommy, penat sehari suntuk bekerja di ofis. Biarlah Mommy balik kerja mengangkang je depan TV. Nawfal tak kisah. Nawfal suka sangat sebab guna Sunlight!

Nawfal pernah tanya Mommy, kenapa guna Sunlight? Mommy jawab, “Dah nenek guna Sunlight, Mommy pun guna Sunlight jugak la. Kalau tak ikut nanti jadi anak durhaka, kena tulah nanti”.

Walapun Nawfal tak berapa faham maksud mommy, tapi Nawfal assume sebab Sunlight ni best, wangi, tak pedihkan kulit tangan Mommy yang alergik tu. Kan Mommy kan?

Baca entri sepenuhnya disini —>> http://nadot.my/2012/07/detik-bersama-sunlight.html

p/s : Semua peserta saya akan update disini dan di letakkan di bawah label Detik bersama sunlight.

ost takdir qismah

OST Takdir Qismah | Video Pedoman by Nora

Sesekali dengar sedap pula OST Takdir Qismah yang di nyanyikan oleh Nora bertajuk Pedoman. Takdir Qismah adalah satu drama yang bersiaran setiap jam 4 petang di TV3 dalam slot azalea. Memang sedih kerana drama takdir qismah ini mencerita kan kehidupan seorang wanita yang tidak habis-habis menerima takdir malang. Para pelakon yang menjayakan drama ini ialah Lisadawati, Lana Nordin, Lynda Roslan, Aida Aris, Zul handy Black, Arash Mohamad, Adik Aqish, Alex Yanz dan ramai lagi,di dalam drama 24 epsiod ini terbitan MIG Production.

Sinopsis Takdir Qismah

ost takdir qismah
ost takdir qismah , video dan lirik , sinopsis takdir qismah

Qismah disahkan mengandung, ibu Qismah terkejut apabila mengetahui qismah mengandung dan meninggal dunia kerana diserang angin ahmar. Kekasih Qismah Amir entah ke mana menghilang, Qismah harungi penderitaan seorang diri. Anak yang dilahirkan dijaga oleh keluarga angkat.
Dia hidup daif dan putus asa, manakala di tempat kerja dia sering diganggu oleh penyelianya. Setelah beberapa lama Qismah memulakan hidup baru dan bekerja di rumah keluarga Tuan Rashid dan Puan Ella.

Di rumah Puan Ella Qismah menjaga anak Puan ella yang sebaya dengan anaknya dulu. Semakin hari semakin dia sayang Anis dan akhirnya Qismah percaya Anis adalah anak kandungnya kerana terdapat tanda lahir di badan Anis menyerupai tanda di badan anaknya.

Video Pedoman Ost Takdir Qismah – Nora Feat Vou 

Lirik Pedoman

Roda waktu tak pernah menunggu
Pergi terus berlalu
Segala dosa segala belenggu
Sesal menikam jiwa kuhiba, terasa
KebesaranMu… Lantas kutadah, berdoa

Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan

Cahaya rahmatMu menyinar bahagia
Syukur hatiku rasa
Bergetar tubuh kusebut namaMu
Yang Maha Esa, Maha Pengasih Penyayang
KurniaanMu lantas kusujud, bersyukur

Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah, jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan

Oooooooooooo……

Biar pedoman ini
Berkekalan dihati, selamanya
Pengubat jiwa, penyinar bahagia
Inilah kasih yang kita damba

Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah
Jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan

P/S : Bila tulis tentang cerita sedih-sedih di dalam drama ni teringat pula kisah realiti yang terjadi di dunia luar. Bersimpati dengan keadaan pesakit Alia Haryanie Ibu tunggal anak 3  yang kini telantar tidak berdaya , sudahlah di serang penyakit yang memerlukan kewangan yang tinggi , Alia Haryati juga di ceraikan oleh suaminya dengan talak 3 , hanya kerana tidak sanggup menjaga Alia Haryati ketika sakit.

Baca selanjutnya — >> http://aliaharyanie.blogspot.com/2010/06/suami-enggan-kongsi-derita-oleh-siti.html

Di bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini , sama-samalah kita menghulurkan bantuan kepada ibu yang tidak berdaya ini. Sekarang hari beliau , entah esok hari kita pula. Ini lah takdir ….

ibu tunggal perlukan bantuan

Maybank Acc No :164034266923 
RHB Acc No : 16213900067447

Nama : Haryani Binti Mat Hussin

peserta 5 : contest detik bersama sunlight

Peserta 5 : Contest Detik Bersama Sunlight

Salam dari kejauhan , Allhamdulillah .. ada juga 5 orang peserta untuk contest ni , saya risau sangat tak ada orang join , rasa serba salah dengan pihak penaja aje. Peserta no 5 ini adalah Yanmieonline.com , Blogger supermak yang tidak asing dengan dunia blog. Terima kasih di ucapkan di atas sokongan tersebut.

Kepada yang lain , jika berminat untuk sertai contest ini sila tengok maklumatnya di [ LINK ] ini.

peserta 5 : contest detik bersama sunlight

Ha sekarang ini Ibu saya memang dah gunakan Sunlight, sebelum ni duk guna jenama lain, ala yang paste tu, kalau dah kering keras nak guna pun susah, kena tonyoh-tonyoh sampai lekat kat kuku heheeee, dengan adanya sunlight ni dapatlah saya membantu ibu selalu membasuh pinggan, dan inilah detik bersama sunlight yang paling bermakna dalam hidup saya apabila saya dapat meringankan kerja-kerja membasuh pinggan mangkuk ibu.

Baca entri sepenuhnya disini —->> http://yanmieonline.com/2012/07/detik-bersama-sunlight-saya-mesti-pilih/

p/s : Semua peserta saya akan update disini dan di letakkan di bawah label Detik bersama sunlight.

peserta contest detik bersama sunlight

Peserta 4 : Contest Detik Bersama Sunlight

Salam dari kejauhan , maaf lambat update.. Terima kasih di ucapkan kepada peserta no 4 ni. Sebenarnya tak tahu nak pilih mana satu dulu , ada 2 entri yang di buat pada hari yang sama. Kali ini peserta kita adalah dari blog mykeledek.com

Jika berminat untuk menyertai contest ini sila lihat maklumat di [ LINK ] ini. Lagi 2 hari je tamat lah contest ni ..cepat-cepat submit gambar ye ..

peserta contest detik bersama sunlight

Apakah detik detik berharga dan terbaik bagi seorang lelaki yang hidup membujang? Aku berani katakan salah satu daripadanya ialah ‘Membasuh pinggan’. Euuuuuuwwwhhhh…. bunyinya memang agak ‘super’ pelik.

Baca entri sepenuhnya di —> http://mykeledek.com/contest-detik-bersama-sunlight/

p/s : Semua peserta saya akan update disini dan di letakkan di bawah label Detik bersama sunlight.

mee rebus tulang linda onn

JJCM : Mee rebus tulang | linda onn

Bukan tulang Linda Onn , tapi mee rebus tulang… JJCM ni di buat sebelum bulan puasa lagi. Bukan niat nak bagi korang meleleh air liur , tapi mengapa tidak .. jika kita cuma mee rebus tulang di retoran linda onn tu untuk berbuka puasa .. boleh lah… sebelum ni saya pernah buat JJCM di MY MOM’S CHICKEN RICE – CITARASA LINDA ONN Ampang . Semenjak dari tarikh tu .. saya memang tak pernah cuba masakkan lain selain Nasi Ayam… Ini baru nak cuba hidangan lain di sana.

mee rebus tulang linda onn

Husna saja yang suka bergambar , orang lain kurang .. baby lagi lah tak mau … Air Sirap Bandung Soda .. best .. setiap kali ke sana mesti order air tu …

food review

Saya boleh beri 3 1/2 bintang
Sebab kurang pedas dan rasa agak hambar. Hanya daging saja sedap. Tapi untuk selera anak-anak ok kot.. diorang boleh habiskan semangkuk Mee Rebus tu..

Nak buat sendiri boleh cuba Resepi Mee Rebus saya ni ..

hello kitty

Fesyen Baju Kanak-Kanak Sekarang

Fesyen baju kanak-kanak sekarang over tau .. cantik dan ber style .. tetapi .. untuk orang yang beranak tiga dan berstatus sederhana income apaknya , tak boleh ajar anak melaram .. no no no .. karang sampai botak kepala apaknya fikir nak cari duit .. Sekarang ni fesyen baju di Malaysia dah jadi kacau bilau. Sesetengah orang ikut Arab .. ada juga ikut fesyen korea (k-pop). Ada juga yang ikut fesyen dia je (saya lah tu ..)

Ahaa .. apa pun saja nak share dengan korang gambar baju yang buatkan saya rasa geram sangat. Tapi setakat window shopping aje lah ye .. baju ni mahal melebihi baju orang dewasa .. rasa tak berbaloi untuk di belikan pada budak-budak. Pakai sekejap aje kot..

hello kitty
Untuk peminat hello kitty

baju k-pop
Ala-ala fesyen  k-pop saiz budak-budak 4 ke 5 tahun ni tau ..

fesyen baju k-popAla k-pop lagi , sesuai di pakai dengan legging.

butik baju k-pop
Dan pelbagai lagi ..

Butik ni sebelah rumah aje… hari-hari lalu kot situ nak beli lauk , hari-hari pandang ..geram di buatnya .. Siapa yang suka anak nya melaran tu boleh lah terjah sini. Area Ampang Kuala Lumpur.