Seperti yang telah di war-warkan dalam entri lepas beli kasut sekolah si kakaknya sekali saya terpaksa menunaikan janji pada una nak beli kasut dia … Alahai … Banyak songeh ,nak tak nak kena lah tunaikan janji .. Sebab tu orang tua asyik pesan jangan sesekali berjanji dengan budak-budak. Cantik kan kasut budak-budak ,rambang mata betul ..
Salam , pagi-pagi ni dapat berita gembira dari kawan blogger kita yang bermurah hati hendak memberi sehelai tudung dengan percuma. Siapa tak nak ? memang rugi .. kalau kita masuk contest blog pun kena tunggu undian di buat baru boleh dapat hadiah kan ? Tapi … kedai kak siti beri percuma saja .. dengan syarat yang paling simple dan mudah …. Syaratnya senang sahaja , vote blog Yanmieonline disiniĀ (kalau rajin tag semua kawan2 di fb tu …) kemudian PM Kedai kak siti dan beri bukti yang korang dah vote , print skrin pun boleh …Tudung berharga RM49.90 akan menjadi milik …
Hari ni hari yang paling “M”. Bosan semacam jer rasanya .. tapi meh sini nak kongsi-kongsi .. ye lah bukan semua orang ada instagram kan , so korang tak nampak saya selalu update gambar di sana. Sesiapa saja yang suka main edit-edit gambar ni boleh lah cuba Intagram , best tau … Gambar makanan pun jadi , gambar makanan ketika sambut hari jadi anak buah yang saya hantar dan ambik dari sekolah agama setiap hari … gambar tuan punya badan ada , tapi maknya tak benarkan lah tayang di media sosial , so simpan..
Seronoknya orang tu pergi meraikan majlis makan malam anjuran opis dia .. Dah lah tak boleh bawak anak bini , siap email gambar sepantas kilat tuuuu ..jeles….jeles … Tahun ni kay pakai tema hawaii .. Tahun lepas pirate … Tahun depan ikan duyung ke ? (jangan marah banggg gurau ) Letak 2 gambar .. Satu tu telah di edit guna instagram … Oh memang jatuh cinta kat instagram …. Tulis pakai iPhone4s … Bestnya boleh baring2 update blog cenggini … P/S : Denaihati nk buat majlis sepetang 2.0 nanti boleh tiru idea diorang ni .. Berpakaian ikut tema …
Akhirnya drama Seindah Sakura akan ke udara pada 7 mei nanti , saya agak lepas drama Cinta Emelda ni habis kot .. Drama Cinta Emelda tu best juga…. berbelit-belit ..saya suka .. dah lama nantikan drama Seindah Sakura ni ke udara di TV3 , Saya dah pernah buat entri pasal drama Seindah Sakura ni pada 9/2 kelmarin lagi , tau-tau dramanya di tunda .. Bukan apa , saya ni sangat sukakan lakonan Zul Huzaimy , dan saya tak sabar tunggu drama arahan beliau ni .. Comfirm punya saya tengok hari-hari … Siapa cakap asyik nak sokong artis luar je ? …