Terima Kasih Diucapkan Kerana Membantu Dalam Contest Gadget Impian

Salam , sebelum ni buat entri meraih undi bukan , sekarang buat entri penghargaan, esok buat entri ?????? dek kerana contest denaihati yang super mencabar jiwa dan raga ni semua pun saya buat , banyak pengalaman yang saya kutip sepanjang contest gadget impian ini berlangsung.

Saya …. yang rasa macam tak boleh nak berjaya kerana pesaing semua hebat-hebat belaka , ada 2-3 para peserta adalah otai di arena blogging ini , mula-mula contest berlangsung saya agak tertekan , selalu ada perkara yang bermain di minda , ada ke orang nak bantu aku ? segan lah nak mintak pelempang like hari-hari ? nak tweet dan lah tk rajin borak di twitter tu. , kita bukan retis mesti lah susah ye dok ?

Tapi ..syukur .. ada ramai kawan yang sudi membantu , jenuh juga saya fikir apa yang boleh saya balas di atas budi baik kawan-kawan semua… sedangkan adik beradik sendiri pun tak boleh nak bantu apa sangat dek kerana mereka tidak langsung pandai atau dapat merasai apa yang blogger rasa 🙂

Terima kasih kepada yang sudi menolong tweet , like , 1+ ,link in dan klik semua button tu berulang-ulang kali , terima kasih banyak diucapkan kepada Ummieross , Kongsibersamanora , Rafinamimi , Puankutu , NZA , Azie , Ammboi , Upprofits, Bardboo, Eyriqazz dan ada lagi kot, yang saya tak ingat dan tak nampak (boleh tinggalkan komen di bawah yek )

Terima kasih juga kepada yang berfungus lumut bertungkus lumus dalam membantu merealisasikan impian saya , yang membantu hari-hari tambah point di tempat komen , saya memang terharu , sebabnya saya sendiri pun sibuk tak sempat nak beri komitmen komen setiap hari , dengan pelbagai kes terjadi pada waktu yang sama. Siapa mereka ni ? tengok banner di bawah nih yek ..

Terima kasih banyak sangat-sangat 🙂 saya hadiahkan banner di sini untuk 2 bulan berturut-turut 🙂

Penghargaan
Penghargaan
Penghargaan
Penghargaan
Penghargaan
Penghargaan
Penghargaan
Penghargaan

drama aksi komedi apa celop slot aksi tv3

Apa Celop! Pulak ..

Dua tiga hari ni , asyik dengar una, anak saya yang 5 tahun tu duk cakap apa celop ?!!!… Apa celop ?!!! .. lebih kurang lah macam tu , padahal saya belum lagi menonton drama ni dengan dia , dia pun tak menonton lagi drama ni , jadi dimana una ni dengar trademark apa celop ni ? mesti pengaruh dari kawan-kawan di tadika dia.

drama aksi komedi apa celop slot aksi tv3

Jangan tak tahu , budak umur 5 tahun tengah suka nak belajar , bagi je ayat apa pun dia akan hafal dan hafal , kelmarin duk hafal Al-Fatihah , tau-tau dah tukar apa celop lak.

Saya ni pun baru tahu , apa daa ~ Apa celop pulak tajuknya ya , saya tak berapa suka nak kasi anak-anak kecil tengok drama ni , macam tak sesuai jek , baik lah anak-anak tengok kartun je.

Tengok sinopsis apa celop disini dan nilai sesuai tak nak benarkan anak-anak kecil tengok drama ni ? bagi saya .. tak boleh .. g tidor .. esok sekolah ..hikhik

Gambar kenangan una dalam baldi

kita bukan dalam sejuta, kita dalam bilionan (2)

Sebelum itu jom baca

Kita bukan dalam sejuta, kita dalam bilionan part 1 –disini

Kita mahu, bila dibangkitkan nanti di waktu yang tiada akhirnya lagi, terbentang segala yang indah untuk dipaparkan di hadapan semua manusia.

Untuk itu, kita harap dan bertekad agar kita lebih positif pada hari ini. Hari ini yang mencorakkan hari esok. Semua pun tahu itu, bukan. Untuk positif saya kira, ia perlu usaha dan pengorbanan.

Rasululullah sendiri , telah menunjuk jalan. Bagi mencapai positif, kita perlu berhijrah. Perubahan kena berlaku.

Gambar kenangan una dalam baldi
SENYUMLAH ! Gambar kenangan una dalam baldi semasa umur 2 atau 3 tahun kot , tak ingat dah hihihi 🙂

Bermula dari dalam diri.

Saya mencadangkan :

Pertamanya~ kita perlu memasang niat dan azam untuk menjadi lebih baik dari semalam, tetapi secara berperingkat. Tanpa azam , kita tidak akan ke mana. Kata kuncinya ialah berperingkat.

Kalau hari-hari semalam kita, kurang senyuman. Kita berazam untuk senyum dahulu. Mulakan senyuman dengan orang yang kita sayang. Biasakan dahulu. Setelah biasa, kita senyum pula pada orang yang setiap hari kita akan jumpa. Contohnya , penjaga laluan masuk bangunan atau tempat letak kereta di kawasan tempat kerja. Biasakan. Setelah itu kita tambah dengan orang di sekeliling. Biasakan.

Alah bisa tegal biasa.

Bukan begitu kah?

Keduanya~ingin menjadi positif, kenalah kita latih untuk bercakap dengan diri sendiri dalam diam dengan kata-kata positif. 90 peratus masa kita biasanya kita akan bercakap sendirian tanpa suara. Segalanya , cubalah kita biasakanmelihat dari sudut positif.

Kita kurang duit di kocek, tapi anak-anak kita tak sakit. Bukankah itu postif ? Anak kita tak pandai mana, tapi dia sangat mendengar kata. Bukankah itu positif ? Suami kita tak menolong tapi, dia tak pernah memukul kita walau kita membebel tak sudah. Bukankah itu positif ? Dan banyak lagi yang positif , kalau kita menukar perspektif kita untuk melihat.

Cuma, adakah kita mahu atau tidak ?

Ketiganya ~jadilah orang yang pemilih. Memilih bahan bacaan yang kita baca, orang yang kita dampingi, siaran radio yang kita dengar , siri televisyen yang kita tonton. Secara berdikit, dan kita biasakan.

Mungkin kita tak suka siaran rado Ikim, tapi cuba buka pada waktu-waktu tertentu, misalnya waktu azan dan sesudah azan. Ia sangat mengasyikkan. Cubalah.

Atau, kalau dalam sebulan kita membaca sebuah novel cinta , cuba dalam 3 bulan sekali kita baca pula buku motivasi yang sangat banyak sekarang. Atau kalau tidak mampu pergi saja ke blog Ustaz Pahrol Mohd Juoi atau blog Saifulislam atau blog Suhaibwebb. Banyak pengisian bercorak motivasi dan ukhrawi di sana secara percuma.

Cuma, adakah kita mahu atau tidak?

Bagi saya secara peribadi , saya sangat terkesan dan mula berubah menjadi lebih positif , bila mendengar bual bicara Dr Muhaya di radio Ikim. Di sini, banyak koleksi temu bual itu secara percuma. Hampir setiap pagi, saya ulang dengar , satu- satu secara bergilir, dalam beberapa minit selepas subuh.

Terakhirnya, saya kira, hubungan kita dengan Allah perlu kita jaga. Ah , seperti ustazah pula saya ni, kan.

Bukan begitu.

Terus terang saya katakan, hidup lebih terurus, bila saya lebih menjaga hubungan saya dengan Allah.

Bukan kata bohong dan bukan niat mendabik dada. Tetapi berkata dan menulis dari pengalaman sendiri dan saya berdoa moga hubungan saya ini secara istiqamahnya terjaga. Kerana saya sangat yakin dengan ini. Dan keyakinan ini bukannya tidak berasas sama sekali.

Positif diri bukan suatu yang statik. Ia dinamik. Hari ini ia meningkat , menjulang tinggi, mungkin esok ia jatuh merudum akibat suasana di luar. Tapi kita sebagai manusia punya satu kelebihan iaitu usaha dan senjata kita ialah doa.

Moga setiap kita membawa perubahan positif setiap hari, walau pun ia sekecil zarah. Tetap ia bermakna dan memberi nilai di neraca paling adil nanti di sana.

Salam kasih.

Artikle ini di tulis oleh penulis jeputan di Puanbee.com iaitu ~cikgunormah@klcitizen~jom singgah dan baca entri terbaru cikgu normah bertajuk Kita saling melengkapi, pasti korang teruja membacanya 🙂

Buat Sendiri Laa ~

Saja bergambar dengan baby semasa tunggu una habis balik mengaji , kita rehat-rehat dulu di taman sebelah , kelakarnya budak kecik ni , bila dia mula-mula rasa macam boleh berdikari sangat..Layan jek ye ..

Meh ibu tolong angkat laila
Tak nanak , laila buat sendiri la…
Laila pandai ke ?
Pandai la ibu …
Ok ..buat lah sendiri , nanti kalau tak boleh ibu tak nak tolong tau ..
Oteyyyy

buat sendiri

Tengok ehhh ..tengok ehhh .. kata laila

buat sendiri

Dah boleh dahhhh ..

buat sendiri

alaaa .. tak best lah , tak boleh laju-laju

buat sendiri

Ibu tolong ar , nak laju-laju ..
Ibu tolong ar..
Ibu cepat ar..

Ibukan dah cakap tadi tak nak tolong..

Alaa ibu cepat ar…

buat sendiri

Nak rotan ?

???? uit .. perangai sapa ni ? sikit-sikit rotan 😛

Kadang-kadang kalau nak tengok budak kecik ni tunjuk apa yang dia pelajarinya , kita kena bijak saiko depa ..

little star tv3

Sinopsis Drama Filipina Little Star TV3

Sekarang dah jatuh hati pada drama Little Star ni pula , tapi tengok lah kalau sempat memang tengok , best juga drama ni , saya rekemen kat korang .. hehe. Drama Little Star di tayangkan di dalam slot Azalea TV3 , drama ni akan di tayangkan setiap Isnin hingga Khamis Jam 4 petang.

little star tv3

Sinopsis Little Star

Kisah bermula dengan Helen (Jennylyn Mercado) dan kakak Paula (Sarah Labahti) yang berada di dalam perjalanan untuk melawat bapa mereka, Gener (Paule Allan), di Manila. Malangnya, kapal mereka bertemu dengan kemalangan. Manakala Paula akan diselamatkan segera, Helen ditinggalkan di laut dengan bayi yang ditemui di kapal. Dengan mereka adalah Dave (Mark Anthony Fernandez), seorang jurugambar yang baik hati dan kacak. Tidak lama kemudian, ketiga-tiga diselamatkan. Rupanya di antara Helen dan Dave telah pun ada satu hubungan erat iaitu anak mereka, Nino (Nicky Castro)

Adik Beradik Helen dan Paula kemudian mengetahui bahawa selain daripada teraniaya, bapa mereka gagal untuk menghantar mereka wang kerana Gener juga menyokong isteri barunya, Ruby (Maricel Morales), dan anak mereka, Joross (Jiro Manio). Walaupun pernah di tipu oleh bapa mereka ,Helen dan Paula tiada pilihan tetapi untuk tinggal bersama mereka. Situasi janggal meminta Helen untuk mencari kerja. Dengan bantuan Dave, Helen, seorang wanita yang muda, cantik, dan bertanggungjawab yang gagal menamatkan pendidikan di kolej akibat kemiskinan, tidak lama kemudian di terima bekerja sebagai pembantu kepada penyanyi sensasi , Gwyneth (Lovi Poe).

Gwyneth adalah salah satu selebriti yang berjaya dalam bidang seni yang berkembang kerjaya sebagai penyanyi dicemburui oleh rakan-rakan dan sezaman. Tetapi di tengah-tengah kejayaan itu, Gwyneth menghadapi dilema terbesar dalam hidupnya – bahawa dia hamil!

Dalam satu rancangan di panggil talk show,Gwyneth telah di soal dengan gosip terkini , adakah Gwyneth telah mengandung ? tetapi Gwyneth menafikan semua komplot dan mendakwa Helen pembantu beliau yang mengandung. Sebelum diketahui oleh semua orang, Gwyneth telah diminta Helen untuk menyokong kenyataan dan menerima upah untuk menjadi ibu kepada anaknya dengan sejumlah wang yang agak besar.Peminat Helen, Lester (Paolo Contis), yang merupakan seorang oportunis, menyertai perjanjian itu dan menawarkan diri untuk menjadi bapa kepada anak si Gwyneth tersebut.

Adakah Gwyneth akan meneruskan perjanjian itu? Adakah dia akan sanggup untuk meninggalkan anaknya untuk menjaga kemasyhuran beliau? Atau dia akan menjaga anaknya itu sendiri ?

Helen, pada usia yang muda, menerima tanggungjawab membesarkan kanak-kanak demi wang? Bagaimana jika Dave mendapati bahawa api yang dimainkan dengan Gwyneth dalam menyara anak tersebut ? Dia akan menyelamatkan anaknya dari pengabaian? Dan di tengah-tengah huru-hara, akan keajaiban cinta antara Helen dan Dave?

Pelakon utama
Jennylyn Mercado sbg Helen Estrella
Mark Anthony Fernandez sbg Dave De Leon
Lovi Poe as Gwyneth/Gwyneth Ramos
Paolo Contis sbg Lester Dimaano

Sumber : Promotv3 Youtube

Buku khalifah ganti superman

Buku Khalifah Ganti Superman Dari Denaihati

Buku Khalifah ganti superman tulisan Muhamad Ali Hashim , telah sampai ke tangan saya hari sabtu kelmarin , semua peserta yang masuk contest gadget impian seramai 103 orang akan menerima buku ini dari Denaihati.com , Terima kasih banyak team Denaihati 🙂

Buku khalifah ganti superman

Mulanya saya agak risau buku ini , tak sampai ke tangan saya jika Denaihati gunakan pos biasa , sebab tengok dari blog Yanmieonline dan Lin Azlina mereka dapat pos dari pos biasa , Tapi team Denaihati seakan memahami , saya dapat melalui pos ekspress , hahah . kawasan saya ni bahaya , budak-budak suka-suka je buka surat orang.

Buku ni bagus untuk orang islam dan orang islam yang ada bisnes , memang sesuai sangat ..

“Strategi dan senjata paling penting ialah menjadikan bisnes satu jihad…Teras sistem ekonomi khalifah ialah .. menjana harta kekayaan dan membina kuasa ekonomi ummah.”

MUHAMMAD ALI HASHIM.

Bermakna bukan ayat di atas ? terima kasih Denaihati , teringin juga nak kaya dan membantu orang islam yang lain 🙂

famili azmanisma.com

Percutian Ke Peneng Batu Ferringgi Dari Azmanisma.com

Petang tadi , memang dah rancang nak berjumpa dengan owner blog Azmanisma.com untuk menerima Voucher percutian ke peneng yang telah saya menang dalam contest anjuran Azmanisma.com tidak beberapa lama kelmarin , ok ..ayat biasa .. saya tak sangka saya menang sebenarnya..

famili azmanisma.com
famili azmanisma.com

Tujuan masuk contest tu nak memberi support je , tapi dah menjadi rezeki saya kot , alhamdulillah .. boleh lah saya ke peneng untuk bercuti nanti.

penyerahan hadiah kemenangan
penyerahan hadiah kemenangan

Yeahh bergambar kenangan dengan azman , hai , pertama sekali nak mintak maaf sangat , si suami saya tu lambat turun last-last malu nak berjumpa dengan azman pula , padahal lelaki sama lelaki tu .. tk boleh nak buat apa lah .. jenuh dah di ajak2 ..

laila dan ais kacang
laila dan ais kacang

Baby mesti ada gambar dia kan , hehe .. terima kasih azman , sebab nya susah2 je hantarkan tiket tu , berapa RM terbang di tempat game budak2 tu ? haha layan kan anak-anak je lah ye .. Kami berjumpa di Axis Atrium Ampang , port biasa saya sekeluarga .. Lepas sudah hajat azmanisma.com berjumpa dengan puanbee.com yek .. Terima kasih sekali lagi 🙂

Dalam entri saya yang lepas :

Ada komen-komen yang buatkan saya tertarik jika ke peneng , mesti kot pergi melawat ke tempat yang diorang borakkan di bawah ni , ok nanti masukkan dlm list siap2 heheh cadang nak pergi bulan 3 semasa cuti sekolah , jika tidak ada apa2 aral melintang lah , cer bagi tau kena lintas jambatan pulau pinang atau tidak untuk ke batu feringgi ni ? :

Juan : kalau menang contest cuti kat penang jgn lupa melawat sekali kampung pelet restoran puncak mutiara

Zie Fauzi : good luck bee.. kalau menang percutian kat penang, habaq mai. boleh kita berdating-dating an.. hahaha..bahasa apa ni.

Rope walk yg asal dulu kalau tak salah kat Penang Road di town.. Sekarang dah pindah ke lorong kulit?. dekat dgn stadium?

Aku Biomed: Saya pernah duduk di Penang selama 5 tahun kerana bapa saya masuk USM. Saya suka mengikuti orang tua pergi lorong kulit dan memancing di Batu Feringgi.

gambar lisa surihani nikah

Tunggu Walimatul Urus Lisa & Yusry Live Di Astro Ria

Malam ni , 25/02/2012 , memang tak plan kemana-mana , disebabkan kelmarin sibuk ya amat dengan hal-hal personal dan contest yang saya sertai , so hari ni memang hari saya di rumah sahaja , malas keluar rumah , malam ni perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry akan di tanyangkan secara eklusif di Astro Ria , so memang saya tunggu-tunggu sangat.

gambar lisa surihani nikah
Kredit kepada OHBulan.com

Adakah ramai yang benar-benar kecewa dengan perkahwinan Lisa Dan Yusry ni ? saya tengok rata-rata komen di youtube , facebook dan twitter ramai yang kecewa dan sedikit unsur-unsur negatif , siapa lah kita nak menilai ketentuan ALLAH , dah di takdirkan jodoh mereka bersama .. Kita sebagai peminat hanya boleh mendoakan semoga LISA & YUSRY bahagia ke akhir hayat , lupa kan segala permasaalahan lalu 🙂

Kenapa kita suka Lisa ? saya ada sebab tersendiri bukan kerana dia cantik saja ye ..

upah jahit manik mahal

Jahit manik di baju mahal

Patut lah orang yang mengambil upah jahit manik tu cas mahal , sudah lah susah hendak menjahitnya , nak beli manik pun mahal kan bagus jika dapat beli dengan harga pemborong. Nak murah saja kan ?

upah jahit manik mahal
Manik

Kelmarin kan saya beli E-Book jahit manik sekebun bunga tu , so kena lah praktik kan , kalau tak memang amalan syaitan tu , beli tapi tak buat pun , so dah beli manik dengan tema biru untuk baju saya yang lama2 tu , saja nak try ok ke tidak saya jahit manik tu hahah ..

Ada yang tanya berapa rate manik di komen entri sekebun bunga , jawapan saya memang lah mahal.. huhu semua di atas berharga RM28 , perghhh rasa macam nak pergi susun jek manik tu semula , tapi kerana minat teruskan juga..tapi tak habis kot gunanya .. saja beli banyak-banyak buat koleksi , gila manik le pulak …

Tunggu hasilnya pulak ek , kalau cantik , korang2 yang kata nak tempah ritu sila beli kain dan tempah baju siap2 raya lagi 6 bulan jek hahah .. awal betul fikir raya , tak patut betul 🙂

P/S : tengah nak kembali normal dari mood contest hehehe .. sabar ye . nak balas komen bermula dari mana entah ..

baby ariff

Doakan Dia

Update ringkas je .. hari ni hari last untuk saya berjuang untuk mencapai iPhone4s tu , tapi hari ni saya tak dapat online seperti biasa , masa terluang saya di habiskan di Hospital menemani umi baby ariff yang tengah berjuang di wad ICU , sekali lagi saya akan ke hospital.

baby ariff
baby ariff

Semalam bukan main saya seronok menghadiri majlis mesyuarat agung penduduk setempat , saya tak tahu anak sedara saya tengah sakit tenat. Pagi ni dapat call dari kakak saya , dia kata anaknya tak respon , dia dah demam panas sehari , dah bawak pergi klinik , memandangkan anaknya tu suspek talesmia , dan masih belum menerima rawatan untuk talesmia , jadi demam panasnya menjadi semakin teruk.

ariff
ariff

Hari ni Arrif tak sedarkan diri , diam tak bergerak .. di cubit2 tak ada respon ..

sedih 🙁 Doakan Ariff sihat yek .. dia baru 5 bulan . huwaaa …. Anak sedara yang dah di anggap cam anak sendiri sebab dia boboi , dan saya tak de anak boboi ..hukss..

baby ariff terkini

Update : 24 : 02 : 2012

Baby ariff dah sedar , masih terima rawatan , Darah merah terlalu rendah , Kurang air dalam badan .. Alhamdulillah .. harap-harap baik lah dia secepat mungkin , tk mo duduk hospital lama-lama sedih ..

Al-fatihah untuk adik faris yang telah meninggal dunia 🙁