Sinopsis Drama Ampunkan Dosaku

Drama Ampunkan Dosaku Di Slot Azalea TV3 (SINOPSIS)

Seperti dalam entri saya yang lepas , slot lagenda kini di gantikan dengan slot Azalea yang akan menyajikan drama-drama melayu. Slot Azalea bermula 2 Januari ini, setiap Isnin hingga Khamis pukul 4 petang. Drama pertama yang membuka tirai slot Azalea bertajuk Ampunkan Dosaku bersiaran sebanyak 20 episod karya pengarah Bade Haji Azmi dan penulis skrip Jumal Yunus. Pada 2 Januari juga , Drama Gemersik Kalbu juga akan keudara bagi menggantikan Drama Tentang Dhia ..

Sinopsis Drama Ampunkan Dosaku
Poster Drama Ampukan Dosaku TV3

Sinopsis Drama Ampunkan Dosaku

Ampunkan Dosaku mengisahkan tentang Hassan (Shahrol Nizam) yang tidak henti-henti diuji dengan pelbagai dugaan dan kesulitan hidup, dia selalu sahaja menjadi mangsa Fatimah (Wan Maimunah) disebabkan dendam lama yang masih tersemat di dalam hatinya walaupun ibu Hassan telah lama meninggal dunia.

Sebagai ibu tiri Hassan, Fatimah masih tidak dapat menerima kehadiran Hassan di dalam rumahtangganya. Seribu satu fitnah dilontarkan terhadap Hassan, seorang remaja naif yang dahagakan kasih sayang seorang ibu. Kebencian Fatimah terhadap Hassan membuat dia nekad meletak racun di dalam makanan Hassan, namun mujur Hassan selamat untuk kali ini.

Suatu hari, Fatimah berjaya juga mengenakan Hassan apabila dia diusir oleh bapanya iaitu Osman (Raisudin Hamzah) atas kesalahan yang tidak dilakukannya.

Sejak itu, Hassan hidup merempat, bawah jambatan dan kaki lima adalah rumahnya sehinggalah dia bertemu dengan Sulaiman (Arash Mohd) dan isteri yang baru sahaja kematian anak mereka.

Walaupun begitu, Fatimah yang masih tidak puas hati dengan Hassan telah mengupah orang untuk memukul Hassan. Hassan membuat keputusan membawa diri ke bandar bagi memulakan hidup baru.

Beberapa tahun kemudian, Hassan yang telah berkahwin dengan Sarimah menjalani hidup yang lebih baik bekerja di kilang dan mula berjinak-jinak menjadi penggubah lagu.

Sarimah yang sarat mengandung sebenarnya sedang bertarung dengan nyawa, dia merahsiakan penyakitnya dari pengetahuan Hassan yang menjaganya seperti menatang minyak yang penuh.

Sarimah meninggal dunia sebaik sahaja melahirkan anak lelaki mereka. Hassan yang masih sebak dengan pemergian isterinya berjanji akan menjaga anak lelaki mereka yang diberi nama Sazali (Zul Huzaimy) dengan penuh kasih sayang dan akan mengotakan apa sahaja yang dipinta oleh Sazali.

Drama terbitan Pena Kreatif ini membariskan pelakon-pelakon hebat, antaranya, Zul Huzaimy, Shahrol Nizam, Sharifah Amani, Zamarul Hisham, Emelda Rosmila, Melissa Saila, Rozita Che Wan dan Fimie Don.
Jangan lupa menyaksikan Drama Ampunkan Dosaku Slot Azalea di TV3.

Ohhh .. sukanya dengan lakonan Zul Huzaimy .. tak sabar menonton 😛

Sumber : CThoney & Facebook wanita inspirasiku

Slot Azalea Terbaru TV3

Slot Azalea Ganti Slot Lagenda TV3 – suka ?

Slot Lagenda yang di tayangkan setiap isnin hingga khamis jam 4-5 petang kini akan di gantikan dengan slot terbaru iaitu Slot Azalea

Slot Azalea Terbaru TV3

Sentiasa Memberikan Yang Terbaik Untuk Semua Penonton – Penontonnya… Bagi Januari 2012, TV3 Memperkenalkan Satu Slot Baru Iaitu Azalea.. Sebagai Pembukaan TV3 Menampilkan Drama Bertajuk ” Ampunkan Dosaku “, Di Siarkan Setiap Isnin – Khamis Jam 4-5ptg Menggantikan Slot Lagenda.. Tahun Baru, Slot Baru, Cerita Pun Baru…!!!

Di katakan Slot Azalea ini adalah khas untuk menyiarkan drama-drama melayu .. seolah-olah pembaharuan tahun baru ni .. saya suka .. kalau sempat tengoklah ..

Azam tahun baru ? biarlah rahsia 🙂 🙂 😛 , Tunggu Drama Gemersik Kalbu pula

Sumber : Facebook Wanita Inspirasiku

shopping barang sekolah

Hujung Tahun 2011 Yang Super Sibuk

Super sibuk .. kerana semuanya saya kena sediakan sendiri.. si Encik suami juga super sibuk kerana mencari kerja sampingan dan banyak kan OT untuk dapatkan lebih duit .. Bila dah berumah tangga dan ada anak .. masing-masing akan melalui pelbagai peringkat suka-duka dalam kehidupan.

Dari bertunang , bernikah , jadi suami isteri , menatang anak pertama dan seterusnya , menimba pengalaman anak pertama bersekolah dan seterusnya.. semua perlukan sokongan padu terhadap pasangan masing-masing. Saling bertolak ansur itu penting.

shopping barang sekolah

Baru lepas beli baju sekolah , belum beli barang-barang yang lain.. biasanya kalau saya dah pegang troli tu , mesti pulang dengan troli yang penuh .. kelengkapan sekolah dan kelengkapan dapur berasak-asak dalam kepala , yang mana satu nak di pilih ..bayangkan lah bonet kereta pun penuh .. nak angkat semua ke rumah kena 3 kali angkut .. fuhyooo ~

shopping barang sekolah

Anak-anak tahunya nak kaler je .. dia tak tau banyak lagi benda penting bila sekolah nak di buka ni .. Lari bertempiaran bila nampak pintu tesco , port biasa untuk beli barang banyak-banyak .. nanti dapat kupon tesco boleh rebat dan jimat cermat.

Terbaca di blog Denahati tadi , sengaja bro denaihati lewatkan tarikh pengumuman siapa top ten untuk contest gadjet impian kerana memberi laluan kepada program cuti sekolah ..hehe bagus lah tu .. memang ada banyak hendak di lakukan sekarang ni ..

Semalam dah lepas shopping barang sekolah , hari ni nak ke kedai untuk potong sikit tudung kakak , semalam beli tak ada saiz yang sesuai , bila kecil – kecil sangat , bila besar , besar sangat .. kena lah adjust sendiri.

Esok 1hb .. rehat dirumah dan cuci semua pakaian sekolah baru yang anak-anak akan pakai , isnin pergi sekolah kejap tengok koperasi buka ke tidak , kalau buka boleh beli buku .. kena berunding dengan ustazah mengaji kakak pula , nak berhenti dari ustazah itu dan beri kakak sambung mengaji di KAFA je terus , sekarang ni adik pula ikut tinggal dengan saya , tambah lagi jadual daku .. masak untuk dia pula .. sebabnya kerja dekat rumah ~ sabar je lah ..

Tapi walau apa pun .. dulu mak pak kita buat .. sekarang kita pula buat ..

Meriah hidup jika ada anak – anak .. kepada yang masih bujang cepat-cepat kawin … siyokk ..

P/S: SELEKEH kan saya ??? RM600 lincin , suami tanya beli apa ? saya tunjuk resit je .. hehehe saya sendiri pun tak percaya , beli apa sampai RM600 tu ..

Minyak TYT tak selamat

Produk TYT (‘Twee Hong Suah’) Tidak Selamat Lagi

Minyak TYT tak selamatProduk Tyt , rasa terngiang-ngiag je lagu iklan TYT di telinga saya , suka ikut iklan tu .. tapi nasib lah .. saya lebih suka guna minyak gamat dari lain-lain minyak yang terdapat di pasaran.

Ya ! saya old fesyen bab-bab gini , sebab kepercayaan tu .. buat apa pilih sesuatu yang baru sedangkan yang lama lebih baik ?

Produk perubatan tradisional ‘Twee Hong Suah’ ditarik balik penjualannya serta-merta kerana mengandungi tahap merkuri melebihi had yang dibenarkan, menyebabkan ia tidak selamat digunakan.

Syarikat yang bertanggungjawab ke atas pendaftaran produk itu, Hong Yang Hoo Pharma Sdn Bhd turut diarah menghentikan pembekalan serta menarik balik semua produknya yang berada di pasaran.

Produk yang terbabit adalah bernombor 1103026, 1106013, 1111013 dan 1107011.

Ia digunakan secara tradisional untuk kanak-kanak bagi melegakan angin di bahagian perut, sakit perut, rasa loya, cirit-birit, batuk dan demam.

Seperti biasa, semua produk berkenaan disampel di bawah prosedur pengawasan mutu produk berdaftar yang dilakukan secara rutin oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan. Namun, hasil ujian terkini mendapati produk itu mengandungi merkuri melebihi had biasa yang dibenarkan iaitu 0.5mg/kg.

Merkuri ialah sejenis logam berat dan jika digunakan dalam kuantiti berlebihan, ia boleh mengakibatkan kesan keracunan seperti rasa kebas, gatal, sakit, warna kulit menjadi merah jambu di bahagian pipi, hujung jari dan jari kaki kulit mengelupas serta boleh menyebabkan kerosakan sistem buah pinggang dan otak.

Orang ramai dinasihati agar tidak menggunakan produk ‘Twee Hong Huah’ buat masa ini dan mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berdekatan jika mengalami kesan sampingan akibat penggunaan ubat tersebut.

Maklumat lanjut berkaitan penarikan semula penjualan ubat itu boleh didapati dengan menghubungi Pihak Berkuasa Kawalan Dadah di talian 03-78835546 atau 03-78835539.

Sumber : Upprofits

kek coklat lembab yang benar-benar lembab

Resepi Kek Coklat Lembab Yang Benar-Benar Lembab

Ramai nak resepi , sampai laki bini mintak resepi … boleh .. apa salahnya .. mula-mula rasa malas nak taip itu yang letak cerita saja .. tapi nak buat kek coklat lembab ni mudah je , ikut kata sifu saya .. kena kukus baru menjadi kalau bakar kek akan jadi kering sedikit maka hilanglah lembabnya…

kek coklat lembab yang benar-benar lembab

Bahan-bahan untuk membuat kek coklat lembab

  1. 1 Cawan Air Suam
  2. 1 Cawan serbuk coklat
  3. 1 Cawan Minyak Biasa (jika nak sedap lagi boleh tambah minyak jagung atau minyak matahari)
  4. 1 Cawan Gula
  5. 2 Cawan Tepung
  6. 1 Sudu Baking Powder
  7. 1 Tin susu pekat manis
  8. 4 Biji Telur

Cara Membuatnya :

Step 1 :

Campurkan serbuk koko dengan air suam dan kacau rata ketepikan.

Step 2 :

Pukul telur , minyak , gula , tepung dan banking powder sehingga kembang dan bewarna keputihan.

Step 3 :

  • Gabungkan bancuhan step 1 dan step 2 di atas dan kacau rata , setelah itu masukkan susu pekat manis dan tuang dalam bekas
  • Kukus selama 45-50 minit ..Semasa kukus pastikan wap tidak terjatuh atas kek , lapik kain pun boleh ..
  • Acuan kek untuk IKG , cawan yang di gunakan mesti lah bersaiz separuh tin susu pekat manis tu ..

Untuk topping seperti dalam gambar :

  • Saya hanya masukkan 5 sudu serbuk coklat , 5 sudu gula dan sedikit air lalu kacau di atas dapur , gunakan api yang perlahan sahaja , Kacau sehingga pekat dan melekat sedikit barulah di curahkan ke atas kek.

P/S: SELAMAT MENCUBA ..

kek coklat lembab yang benar-benar lembab

kek coklat lembab yang benar-benar lembab

Akhirnya.. saya dapat resepi kek coklat lembab yang benar-benar lembab , sebelum ni banyak kali saya cuba buat kek coklat lembab , ada banyak masaalah .. warna tak cantik lah .. bila pegang kek berderai lah .. manis sangat lah .. kering lah .. tak cukup lembab .. tak masak .. dan macam-macam lagi masaalah .. akhirnya dapat dah resepi yang sedap dan best ..puas hati ..

Terima kasih pada sahabat baik daku EMA – semasa di kampung sempat juga , saya berguru dengan ema ni .. ema pula belajar cara buka blog dari saya , dan saya pula belajar buat kek dari EMA .. pok pek pok pek .. dekat 2-3 jam juga , sampai si suami daku ajak adik ipar pergi bejalan , boring katanya bini tak layan dia .. hehe .. sorry bang .. bukan selalu nak balik kampung tu .. nanti balik kl layan kaw2 punya ..

kek coklat lembab yang benar-benar lembab

Cantik je jadinya .. memang best .. tapi setelah letak topping tu , ingat nak beku kan sikit , tapi tak sempat .. anak-anak semua gelabah nak makan sangat-sangat dah .. so potong lah semasa topping tu masih cair ..

kek coklat lembab yang benar-benar lembab

Budak-budak suka sangat lah …

kek coklat lembab yang benar-benar lembab
kek coklat lembab yang benar-benar lembab .. Dah Lincin

sampai pinggan pun di jilatnya .. tu semua kerja si baby .. dia tak makan kek tapi jilat topping saja .. nanti buat lagi lah .. Teringin nak berniaga kek dengan jiran-jiran , tapi tak tahu bagaimana nak mula ..kehkehkeh ~ sebab saya kan perantau .. tak berapa baik dan kenal dengan jiran semua .. sebelah menyebelah je kenal pun .. ?Untuk resepi sila ke Sini

p/s : asyik nak menternak lemak saja .. nak rekomenkan blog EMA tu tapi lupa lak link blognya ..

Reunion ALUMNI SMK KAMUNTING YEAR 1997-2001

Reunion (1) ALUMNI SMK KAMUNTING YEAR 1997-2001

Terlebih dahulu , selamat pengantin baru di ucapkan pada kawan lama , Diana shahrom yang selamat di langsungkan majlis penikahan pada 25 Dis lepas , Kepada Diana .. “Terkejut tak tengok rombongan kami serbu ramai-ramai ? sampai nak gegar pelamin ko di terjah kami “

Bukan sebab apa , masing-masing tengah rasa seronok dapat berjumpa dengan kawan-kawan lama , setelah 12 tahun tamat persekolahan , membuatkan perangai lama tu di keluarkan semula , rindu sangat-sangat .. so tertunailah hasrat hati .. nasib si kay (suami) sporting juga , tolong bawak balik kampung dan drive mengikut program kita … Terima Kasih banyak .. hehehe ..

Reunion ALUMNI SMK KAMUNTING YEAR 1997-2001

Selepas 12 tahun , ada bisnesman , ada arkitek , ada polis , ada artis , ada blogger , ada pekerja jabatan kebajikan masyarakat ..ada askar .. ada katering ..ada suri rumah (aku le tu ) so memang cukup dah komuniti kami ni jika nak atau perlukan apa-apa boleh lah berhubung dengan kawan-kawan .. ngee~

Reunion ALUMNI SMK KAMUNTING YEAR 1997-2001

“Musykil gak aku tengok Faizal dengan Roha ni” ..ishish .. tak sangka .. Maheran dan Faizal berchentaaaa ~ apa pun terima kasih korang , aku rasa terharu sebab sanggup balik hari dari KL , tu .. rupanya ramai dah berpindah duk KL ..

Reunion ALUMNI SMK KAMUNTING YEAR 1997-2001

Ayu – Maheran – Ema – perangai masing-masing tak berubah .. ayu yang suka ketawa terbahak-bahak , masih ada lagi tu .. Ema yang cool je .. Maheran suka senyum .. aku ? suka menyendiri .. pun sama hehehehehe .. tapi lain sikit sekarang aku suka bebel di blog ..

Reunion ALUMNI SMK KAMUNTING YEAR 1997-2001

Fahmi – Jadi retis ko .. tak sangka .. masyukkk .. Roha jadi bisness man .. kehkehkeh tak sangka pulak ek .. yang paling tak sangka .. si Faizal jadi perkerja Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan pertanyaan , boleh ke faizal ? jeng jeng jeng ..

Reunion ALUMNI SMK KAMUNTING YEAR 1997-2001

Yang aku rindu selalu .. kawan-kawan dari kecil .. rindu sangat .. dari tahun satu .. berapa kali putus kawan , berapa kali kawan balik ? hehehe kenangan tu .. dulu – dulu punya cerita ..punya buas , panjat bukit pasir .. lepas tu gelongsor turun .. balik rumah mesti kena marah .. mana tidaknya penuh pasir kat badan ..hikhikhik

Reunion ALUMNI SMK KAMUNTING YEAR 1997-2001

Melepak di Taman Tasik Taiping , sementara menunggu sahabat lain .. lain kali rancang elok-elok ya .. tak mau melepak gini .. tapi tu lah .. banyak nya nak di borakkan .. rasa tak puas hati .. harap reunion yang ke-2 nanti kita rancang biar ramai yang datang …

Reunion ALUMNI SMK KAMUNTING YEAR 1997-2001

Apa- apa pun kalau ada pelajar SMKK yang baca ni , boleh lah rujuk Facebook Group (ALUMNI SMK KAMUNTING YEAR 1997-2001) ye .. Disana memang banyak bebel lah ..

Best jumpa kawan lama ..

Tentang Dhia Akasia TV3 Poster

Tentang Dhia Episod Akhir Sedih

Siapa tengok Tentang Dhia episod akhir ? sedihnyaaaaaa ~ lagi-lagi time nenek zikir beri kata dua tu .. saya sebak betul , terasa jadi pada diri sendiri .. tapi nasib saya bukan Dhia ….. lepas ni Drama Gemersik Kalbu pula menyusul , isnin nanti lah ..esok rest sekejap.

Tentang Dhia Akasia TV3 Poster
Tentang Dhia Akasia TV3 Poster

Rasanya selepas tengok Drama Tentang Dhia ni , Kita tahu , tak semua drama ada “Happy Ending” Yang jahat tak insaf-insaf pun (merujuk kepada watak Ku Salmi) yang nakal dan buas tu sentiasa pula bertuahnya (merujuk kepada watak Melly ) yang baik ni sentiasa teraniaya (merujuk pada watak Dhia ) .

Macam tak patut kan ? tak puas hati betul .. ingatkan akhirnya Dhia hidup bahagia , tapi tak … seolah-olah .. kuasa bomoh dan jahat tu lebih kuat dari takdir dan doa’ pula.. Akhirnya Dhia meninggal dunia setelah beberapa kali mummy Zikir bomohkan dia. Dan zikir juga meninggal dunia kerana Zikir kehilangan “jiwa” nya ..

Tonton online Tentang Dhia Episod Akhir

p/s : entri pendek sudah .. mengantuk pula .. hari ni banyak kerja tertunggak diselesaikan , alhamdulillah .. dan ade lagi 2-3 berita gembira .. nanti kita sembang ekkkk ~

Puanbee di sinar harian

Capai Kepuasan Dengan Blog – Puanbee di Sinar Harian

Rupanya begini perasaan penulis blog bila mana blog nya di muatkan dalam media , tak kira lah media apa pun .. seronok dan teruja serta tersipu malu juga , tengok gambar sendiri dalam surat khabar ..

Puanbee di sinar harian

Puanbee di sinar harian
Puanbee di sinar harian

Saya dah dapatkan PDF dari wartawan sinar harian , terima kasih banyak pada beliau …. selain saya , sinar harian turut memuatkan 2 blog kawan saya , Blog Rafinamimi dan juga Blog Zie Fauzi .. Tahniah kepada kedua kawan-kawan tu .. apa perasaan mereka yep ? sama kot dengan saya ni …

puanbee.com di sinar harian (PDF)

Mood senyum .. tak perlu kata apa-apa 🙂

macaron cik min

Macaron Cik Min Dah Sampai

Macaron ni hadiah kemenangan giveaway yanmie online ni , sampainya dah lama , sebelum balik kampung kelmarin , sabar je lah ..Kami dah plan nak bertolak hari jumaat berangkat lepas subuh untuk balik ke kampung , hari khamis mesej cikmin pun sampai , katanya macaron akan sampai hari jumaat ,terus megelabah , sampai tidur pun tak lena , takut macaron sampai tapi tak ada orang dirumah .. ingat nak mintak tolong jiran ambil dan simpan , tapi macam kesian pula , kalau minta orang simpan makanan ni , dalam peti ais lak tu ..kesian .. ye lah makanan kan ,dah lah ?tolong simpan tak boleh pula nak rasa.

Saya terpaksa lah buat – buat siap lambat sikit semua beg dan anak-anak , ye lah orang lelaki ni tak suka nak menunggu , memang kalau kata nak cepat , maka cepat lah jawapannya .. nasib saya bijak , bila si suami tanya , tak siap lagi ? jawapan tengok lah beg tk siap lagi hehehe .. kemain ! bertolak ke kampun lepas macaron sampai .. nasib juga macaron sampai pagi , tak lah sampai ke petang kami menunggu .. ish ish .. macaron … macaron ..

Apa pun terima kasih cikmin dan kak yan , seronok anak-anak makan macaron , siap bawak balik kampung beri mak mentua rasa , beriaya je dia rasa , lepas tu bebel .. ” leh kencing manis aku naik ni “

🙂 tapi macaron cik min memang sedap , rasanya lain dari di kedai yang saya beli kelmarin 🙂

P/S : Esok beli surat khabar sinar harian tau ~