Bandwidth Limit Lagi

Share

Dah 2 kali dapat warning yang sama .. sekali warning saya topup bandwidh tambah 10gb , sekali lagi warning top up lagi tambah lagi 4 gb , ingatkan bertahan lah ..rupa-rupanya tak sampai 3 hari bandwidth limit lagi .. jenuh saya cari puncanya … tak tahu sebab dah ni .. kepada pakar-pakar di luar sana boleh tak beri sedikit cadangan ???

The domain puanbee.com (puanbeec) has reached 97% of its bandwidth limit (33472.94/34336.00 Megs).

setiap bulan saya topup bandwidth 10gb .. tapi bulan ni lebih sikit .. ini lah dugaan berhosting .. sebelum ni saya pakai pakej hosting dari NetKl

Pakej Mygold
Disk Space : 1.5 GB (1500 MB)
Monthly Bandwidth : 20 GB (20000 MB)
Harga : RM100 Yearly*

Topup Bandwidth setiap bulan RM20 x 4 = 80 (dah 4 bulan topup )

So sebulan bandwidth digunakan 30GB ..

tak boleh top up tiap-tiap bulan lagi rugi .. jika dikira2 top up tiap2 bulan RM20 X 12 bulan dah RM200 tambah hosting dah jadi RM300 saya kena bayar untuk hosting blog ni ,. adoiiii ….

So upgarade lagi

Pakej My Platinum
Disk Space : 3 GB (3000 MB)
Monthly Bandwidth : 45 GB (45000 MB)
Harga : RM200 Yearly*

Yang bestnya .. servis Netkl memang tiptop .. hahaha.. saya upgrade dulu bayar kemudian , kalau ikutkan tak boleh , tapi Netkl beri keistimewaan kepada saya .. syukur.. pening kepala juga bila berhosting ni .. tapi berbaloi sebenarnya … cuma tu lah .. saya terpaksa kot buang apa2 yang tak patut di blog saya ni …pernah dulu dah buat artikle jimat bandwidth ni , tapi masih tak berjaya nampaknya .. nak cari theme lagi ringan .. tapi theme ni ringan sangat-sangat dah .. pening…

Statitik traffic makin meningkat walau saya kurang BW dan update ..kalau tengok hits tu terlalu tinggi .. mungkin terlalu banyak benda dalam blog ni perlu di load .. Serius tak tahu nak buang apa lagi dah ..

bagi yang masih tak tahu apa itu bandwidth :
Netkl : Maksud bandwidth ialah = jumlah atau saiz fail/data (yg dikira dlm MB atau GB) yg telah di view/upload/download oleh pelawat2 website anda dalam tempoh SEBULAN. Jumlah penggunaan bandwidth akan terkumpul setiap hari, sehinggalah hujung bulan. Samada anda guna bandwidth ini sepenuhnya, (atau kurang, atau lebih), kiraan bandwidth anda akan di reset semula kepada kosong (0) pada setiap awal bulan (1hb).

Cara nak jimat Bandwidth dari netkl :

1) simpan fail2 gambar tu kat luar hosting (kat server luar yg FREE… eg. Flickr, PICASA, FB, dsbnya) (tak berapa suka upload gambar host luar .. waaaaa.. tolong ..)
2) simpan fail2 video tu kat luar hosting (kat server luar yg FREE… eg. YouTube, FB, dsbnya)
3) guna email FREE (Yahoo/Gmail) atau… guna email anda (eg. fadzil@informasikini.com) kat Google Apps tu lah tips2 yg saya tahu.

Apa pun nak beraya dulu .. terima kasih kepada Netkl Kerana tolong upgrade dulu , saya tak boleh bayar lagi bankrup nak raya ni hahaha…. so kepada sesiapa yang nak berhosting tu boleh lah daftar bawah link affiliate [link ]saya ni ..dengan netkl senang .. bila-bila masa je boleh diorang tolong ..bulan ni saya dapat 20GB free dan juga Upgrade emergency tanpa bayar dulu atas rundingan .. bagus kan bos Netkl ni …

Selamat Hari Raya Dari Famili Puanbee.com

Share

Selamat Hari Raya,
Dari Famili Puanbee.com,
Bee , kay , kakak , husna dan baby …
Semoga Raya ni kita semua saling bermaaf-maafan ..

nota :
GAMBAR FAMILI DI HARI RAYA TAHUN LEPAS TAK DE .. KOMPUTER DI FORMAT .. GANTI DENGAN GAMBAR BIASA JE LER…
puanbee bercuti bermula 26/08/2011 hingga sekolah di buka nanti dah mula siapkan beg utk balik kampung , mak di kampung pun dah call cakap ajak buat lemang dan kuih raya , mesti sibuk raya nanti .. so blog di tinggalkan sebentar ..luangkan masa dengan keluarga tercinta … DAN PALING PENTING .. SEMUA HADIAH YANG TAK SEMPAT DI URUSKAN AKAN DIHANTAR SELEPAS RAYA .. maaf lah pejabat pos pun tengah sibuk kan kan ..

sekian ..

Kontest Duit Raya Telah Ditutup Dan Pemenangnya Ialah :

Share

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Tuan Puan yang membaca blog ini sekarang ..

Sehubungan dengan tajuk di atas ..

Maka .. saya Puanbee selaku Admin dan penganjur Kontest Duit Raya akan mengumumkan …

Kontest ini telah di tutup secara rasminya Pada 25/08/2011 Tepat Jam 1.30 Am ..

Telah sebulan Kontest berlangsung ,
Sungguh Meriah dengan sambutan ,
Sempena hari raya kontest berlangsung ,
Terima kasih kalian memberi sambutan ,

Terharu rasa puanbee ,
Kalian semua memang sporting ,
Jika kalah jangan marah puanbee ,
Lain kali paunbee buat kontest lagi ,

Hari Raya Bakal Menjelma ,
Mari kita bermaaf – maafan bersama ,
Moga kita bergembira bersama ,
Lupakan saja sengketa lama.

Selamat hari raya !!

Keputusannya ialah :
Continue reading

Kali Pertama Bersalin

Share

Pagi-pagi dah berkumandang salam lebaran yang di set di henpon cap kambing gurun ku , untuk setiap sms yang masuk.. bila baca .. oh adik aku nak bersalin dah rupanya , kesian beliau .. orang semua standby dan berkemas untuk balik kampung , dia pula standby dan berkemas untuk masuk ward bersalin .. sudah lah tu .. jauh .. suaminya minta dia balik ke perlis untuk melahirkan anak sulung mereka , sedangkan bagi aku perempuan perlukan support dari mak kandung dan adik perempuan sepenuhnya untuk melahirkan anak.. kalau aku .. dah lama aku menangis sebab tak de siapa yang boleh di jadikan tempat mengadu , kalau nak mengadu dengan mak mertua memang lah boleh tapi ” feel ” tu tetap tak sama ..

Tapi ye lah , kami semua masing-masing dah berkeluarga , ada kekangan dan tanggungjawab masing-masing , ada hati yang perlu dijaga , so kami sebagai kakak-kakak kirimkan doa semoga semuanya selamat .. di samping tips-tips melahirkan anak tak seberapa yang telah ku sms kan .. hahah.. sepatutnya due untuk melahirkan lambat lagi tapi disebabkan beliau ada penyakit kencing manis so kena lah cepatkan proses bersalin . kenapa ? kena rujuk pakar lah ..

Dia Sms

Kak .. nak bawak apa pergi hospital ??

Aku sms

Bawak lah lampin , pampers , baju baby , kain batik , baju hang nak pakai balik nanti , tuala , sabun , berus gigi , Pad , botol air masak hang , milo , gula .. sebab tak tahu berapa lama kena duk kat ward tu , ikut pengalaman aku anak sulung ni lama sikit .. heheh

Dia Sms

Kak .. loyah (nama manja dia ) takut lah …

Aku sms

tak pe banyak-banyak baca doa .. dan bla bla bla..

Memang kesian kat dia , hurmmm.. loyah ni antara adik paling lembut , lembik manja .. tak tahu nak cakap mcm mana.. fikir dia nak bersalin pun kesian .. kuikuikui…

Kaum lelaki sepatutnya kena bagi peluang wife pilih nak besalin di mana , penting moral support ni .. supaya wife tak rasa terlalu gemuruh untuk melahirkan anak , bukan senang ye nak melahirkan anak ..separuh nyawa melayang-layang saat itu .. lepas besalin pun perlukan moral support juga , supaya wife tenang dan menerima segala perubahan mendadak dari segi emosi dan fizikal ..

Sakit ?

Toksah cakap lah ,,, semua ibu-ibu rasa semua ni .. tapi dengar pengalaman orang yang melahirkan anak cara ceaser (betul tk ejaan ni ? ) agak kurang rasa sakit untuk melahirkan , saat meneran anak , saat menuggu masa sesuai untuk melahirkan ..semua tu seolah2 pengalaman ngeri .. saya serik juga .. hahah tapi dah tiga orang anak ..setiap kali mengandung gemuruh tu akan datang semula.. betul tak wahai para-para ibu di luar sana ????

Dalam bab ni tak boleh tidak , lelaki mesti beralah ..

Aku juga terkilan , tak boleh jenguk loyah untuk turunkan ilmu kahkahkah , mak tak dapat baca jampi serapah ke anak perempuan nya macam biasa , ermm entahlah …