Harga Nokia N9 ??

Salam Bahagia
Ehemmm.. selepas kay iaitu suami saya mendapatkan nokia N8 , maka saya pun teringin lalu cakap “bang nanti beli kat sayang henpon canggih lak ye” ok kay jawab nanti lah .. saya cakap “nak iPhone lah ” kay cakap ” iPhone tak best ” saya cakap lagi “blackberry pun ok lah ” memandangkan telefon saya tak berapa nk betul selepas dicelup-celup oleh baby kelmarin huhu so memang nak lah henpon baru .. tak lah kisah sangat canggih mana telefon tu , hanya sekadar boleh bertwitter dan facebook dah cukup hehe.. blog boleh guna lappy je .. tak pun boleh menang iPad mana2 contest nanti ke heheh.. dasyat angan-angan puanbee ni ye… ehhh jom layan gambar Nokia N9 cantiknya.. meleleh sekejap tengok .. huiiii.. tapi tak keluar di malaysia lagi ..sempat lah PB simpan duit kalau tak dapat sponsor dari kay tu haha..

Gambar Nokia N9

Cantik tak ? siapa setuju telefon ni best ? dalam banyak2 jenama telefon saya paling suka nokia..memang dah sebati lah org kata ..

Spesifikasi Nokia N9

Nokia hari ini di Nokia Connection 2011 yang diadakan di Singapura, telah pun memperkenalkan peranti baru mereka yang dinantikan ramai, iaitu telefon pintar yang dijana dan menggunakan platform Meego, Nokia N9. Melalui Nokia N9, ianya lebih menumpukan kepada perkara yang pengguna gemar lakukan melalui telefon pintar pada masa kini, iaitu menggunakan aplikasi, multi-tasking dan lain-lain.

Melalui Nokia N9, peranti tersebut membawakan skrin seluas 3.9? AMOLED, kamera 8 megapixel dengan optik Carl Zeiss, 1024 MB RAM, storan terbina 16GB atau 64GB, skrin anti-silau, serta menariknya membawakan sistem operasi MeeGo 1.2 Harmattan. Ianya turut membawakan sistem navigasi percuma seperti peranti Nokia yang lain, serta pelayar web yang lebih pantas menggunakan WebKit 2, serta sokongan HTML5.

Bestnya kalau dapat : verangan :

sekian ,
puanbee

Drama Stanza Cinta Lagi Diadaptasi Dari Novel

Salam Bahagia 🙂
Saat menulis review Drama Stanza Cinta Lakonan Aaron Aziz ni , hati tengah mendidih dek kerana drama biasa yang berlaku di rumah para2 pelakon nya 3 orang budak panjang akal .. tapi di alihkan pendidihan tu ke blog .. kalau tak stress lah di buatnya …

Ok berbalik kepada Drama stanza cinta yang akan di tayangkan tak lama lagi di tv3 , terbitan Grand Brlliance, arahan Along Kamarudin. drama yang bakal bersiaran pada hari Ahad, jam 9 malam.. akan on-air mulai 19 Jun 2011., 13 episod tau .. kenapa mesti suka drama ni ? sebab ada Aaron aziz haha .. tak boleh blah je ayat sebab ada AAron aziz tu kan..
Read More

Aktiviti Kelab KSRS Pertama

Salam Bahagia 🙂 sticky post 🙂

jeng jeng jeng aktivit pertama ni , harap – harap semua ahli dapat buat , tak kisah le lambat atau cepat asalkan buat apa yang saya minta nanti boleh tak ? saya faham ada yang berkerja , ada yang tak de masa , tak kisah lah walau pun ambil masa 2- 3 hari asalkan kita punya kelab nih berjalan lancar.. mcm2 saya dah plan tau .. semua idea yang terlintas saya dah letak dalam diari saya .. bersemangat ni …ok aktiviti kita yang pertama adalah : setakat ni dah ada 29 ahli ..
Read More

Macam Ni Baru Betul2 Nak Kurus

Salam Bahagia 🙂

Pertama kali ke blog addina , setelah beliau membeli VCO dari saya .. hee mesti lah nk kenal serba sedikit pelanggan kita kan .. sebenarnya addina , VCO tu org lain punya nama ownernya jieda ..bee tolong promosi je , setelah bee rasa sendiri VCO ni memang bagus lah untuk wanita .. bee paling suka bab , letih2 tanpa sebab yang bee selalu alami tu hilang .. Kalau kak jieda nk beri komisen bee terima je.. kalau tak ..tak de lah hee. biasa bee gitu lah ..

Selepas melawat blog addina … wahhh rasa malu pun ada .. dia diet siap kira kalori .. PB ? tak de maknaya nk kira kalori .. addina diet siap makan buah .. PB ? selang2 makan buah . addina diet siap ada carta .. PB ? tak de pun hahahah.. lepas ni kena belajar dr addina lah cara nk kira kalori bagai .. addina diet di tambah workout .. PB ? workout jari je .. wakaka ..

Jom lawat blog addina sekarang … hihihi klik sini laju2 blog addina

sekian ,
Puanbee KSRS ( Kelab suri rumah sedunia ) kelab ni dah ada ahli sila kesini untuk lihat senarai ahli nk join tinggal je url blog yer hehe

Episod Akhir Nora Elena .. sama tak dengan cerita dalam novel ?

Salam Bahagia 🙂

ermm lambat nk buat kesimpulan cerita nya ni , semalam tengok sikit je .. lewat tengok nora elena .. terlepas setegah jam pertama .. tak pe lah belasah je lah tengok online pun boleh kan .. ermmm korang rasa cam mana ? sama tak dengan apa yang ada dalam novel tu ??

Adeii ramai lah yang meleleh semalam kan.. saya mcm kesian je tengok yvone tu menagis2 sewaktu di tangkap polis , sambil memanggil2 nama seth tan .. begitu kuat cinta yvone terhadap seth tan ye.. tapi cara nya salah .. dalam novel pula penyudahan cerita yvone mati kemalangan , tapi dalam drama yvone gila dan ditangkap polis kerana menculik dan menggugut seth tan .. tiba2 dalam drama ni .. si Amir jadi heronya .. kalau tk kerana amir , ntah apa jadi pada anak nora elena tu .. walau pun ending dalam novel dan dalam drama ada sedikit kelainan .. tapi bait2 lastu tu sama sebijik heheh!

Akhirnya orang baik hidup bahagia .. biasalah dalam drama endingnya gini kan .. kalau nora elena dan seth tan tak bahagia .. nanti ada surat bantahan lagi kiki joke !

Ok lepas nih nak tengok Aoran aziz moh le tengok drama Stanza cinta pula , hehe .. peminat tegar ni ..
Lepas ni Drama Dewa Cintaku akan menyusul dalam slot akasia , di adaptasi dari novel jugak …karya Dilla Hussein pelakon utama wanita nya Fasha Sandha pelakon utama lelaki nya pula Iqram Dinzly… hoho best kot ! nanti lah tengok kalau best boleh jd lanun lagi ..

 

 

kek merry idaman hati

Resepi Kek Biskut Merry Idaman Hati

Mooddd blogging bertambah- tambah baik hari ni hehe .. disebab kan dah pun bercouple dengan innity kan .. hari ni nak share resepi kek merry idaman hati .. keh keh nama kemain lagi kan .. bukan apa dah lama nk buat tapi tk terbuat .. bila buat sekali jadi pulak .. hehe .. saya tk ingat mana saya dapat resepi ni .. tapi memang simpan di draft lama dah sebelum berWP lagi .. so tak dapat bagi backlink ….. model di bawah memang tak nyempat nak merasa tu .. ermmm tk mo bebel panjang2 kang korang nyapah baca heheh .. jom tengok resepi pulak

kek merry idaman hati
kek merry idaman hati

Bahan nak buat kek merry idaman hati puanbee yo!:


  • 250 gram biskut marie, dipatah 4 (mat gune jenama Munchies)
  • 125 gram mentega
  • 2 biji telur gred A, dipukul sedikit
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 1/2 cawan MILO
  • 1 1/2 camca besar penuh serbuk koko
  • 1/4 cawan air
  • 3/4 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUAT kek merry ini :

  1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali biskut marie dan mentega, dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua sebati, tuang dalam kuali, masukkan mentega dan pasang api pada kadar sederhana.
  2. Kacau tanpa henti bancuhan tadi hingga pekat. Masukkan biskut marie, gaul rata2 sehingga kesemua bahagian biskut tersalut dengan bancuhan. Matikan api.
  3. Tuang dalam tin berukuran 4 inci x 8 inci yang telah dialas dengan plastik cling, tekan adunan tadi padat2, bungkus dengan plastik cling dan biar hingga hilang wap panas. Simpan dalam peti sejuk 1 jam atau hingga boleh dipotong. Hidangkan.{saya tak guna plastik pun masukkan je dalam peti tapi pastikan tekan2 bior mendap betul2 ke bawah}

Dah sampai ajal ..

Salam 🙂

Ini cerita dah lama .. lama simpan dalam folder nih .. si kakak lah beriya2 suruh ambik gambo ni letak kat blog ibu katanya ..

” kesian burung ni dah mati .. siapa bunuh dia ibu ?

“tk nk hantar bg polis siasat ke ibu ?

dah sampai ajal
dah sampai ajal

Hurmm agak – agak lah kakak , burung mati pun ko nak suruh polis siasata , ape polis tak dak kerja lain ker ?

erm budak2 .. rasa seram sejuk petang ni .. awat ni …

sekian ,
Puanbee KSRS ( Kelab suri rumah sedunia ) kelab ni dah ada ahli sila kesini utnuk lihat senarai ahli nk join tinggal je url blog yer hehe

Adil tak ? adil tak ?

Salam Bahagia semua 🙂
Heheh lamanya rasa tak update belog ..oihh sekarang ni hujung 2 bulan kan Saya kena kurangkan aktiviti di blog ni .. sekarang baru 15/6 bandwidth tinggal sikit dah risoo je .. tu lah sapa suruh update entri SEO kan huhuhu …

Setakat ni dah ada 23 nama ahli yang nk masuk kelab suri rumah sedunia tu dah pun ada 23 belog .. uihh tak sangka lah dapat sambutan .. 23 bagi saya banyak ok ! hehe.. apa apa pun nak tanya .. adil tak saya buat kelab yang golongan tertentu saja boleh masuk ? contohnya untuk kelab nih hanya wanita yang telah berkahwin boleh join sedangkan pembaca belog saya terdiri dari adik2 yang belum berkahwin , abang-abang , suami- suami , bujang2 … cam ne ? banyak saya dapat feed back dioarng tak dapat join .. cam ner ? cam ne ? adakah perlu di rombak nama kelab tu ? ermm saya fikir jangka masa panjang lah kan .. BAGI CADANGAN KORANG .. KALAU NK TUKAR NAMA KELAB KE , KORANG BAGI LAH CADANGAN NAMA SEKALI .. yang penting lepas semua nih selesai akan bermula lah akitiviti kita untuk memberi kebaikkan kepada semua perserta tak kira lah dari segi keglamoran , backlink belog , SEO ke traffic ke apa ke.. saya akan buat sehabis baik …

Semalam .. adalah kejayaan bagi saya hee.. kecoh je kan .. saya format laptop sendiri .. tak sangka saya boleh format laptop sendiri .. wahhh dasyat nya saya ….kiki adei benda nih saya paling takut nak buat seram sejuk lah saya semalam , nasib tuk guru saya bagi sokongan sepenuhnya .. kiki terima kasih tuk guru bayangkan nk tekan button on off tu pun saya tanya pada tuk guru , boleh ke tekan ? haa punya lah gabra satu badan semata – mata nk format laptop tu .. ish ish … tuk guru call saya , saya call tuk guru sampai lah siap .. semua tuk guru ajarkan ,.. save lah rm 40 kan.. duk fikir kalau tk berjaya bawak pergi kedai juga laptop ni .. hehe .. tapi SAYA BERJAYA FORMAT laptop ..wehh bangga lagi hakhak …

Belog saya tengah mengong nk upload gambo tk boleh ni .. adeiiiii lepas satu2 baru je happy laptop dah ok . belog pulak buat hal … nanti lah dating dengan NETKL pulak ni .. ermmm ..

KSRS ( Kelab suri rumah sedunia )

Salam Bahagia 🙂
Hehehe … tengok tajuk tu .. saya tak sanggggkaa.. saya memain je buat label gitu .. tau tau ramai pulak nk join KSRS ( Kelab suri rumah sedunia ) haa memang best kalau kelab ni dapat beroperasi kan kan .. ermmm so sekarang .. siapa yang nak join kelab KSRS ( Kelab suri rumah sedunia ) tinggalkan komen disini saya akan buat satu senarai bloglist untuk kelab KSRS ni .. yang suri rumah separuh masa pun boleh ler join … asalkan perempuan lah lelaki tk boleh macam tak sesuai je jadi suri rumah kan hehehe…

Selepas ni saya akan merancang satu aktiviti yang boleh ahli2 kelab nih buat untuk merapat rapat kan lagi hubungan sesama kita .. amacam best tak ? ermm banyak yang bermain2 di kepala tapi nak buat tu harus tengok dulu senarai ahlinya kan .. saya tak kisah walaupun ada 5 orang saja .. tapi yang tinggalkan komen nak join kelmarin lebih dari 5 rasanya ..

Dah ler .. tak de apa nk bebel nih .. otak beku lah asyik jaga orang sakit ni .. sibuk sikit lah ..

nasi lemak sehinggit
nasi lemak sehinggit

teringin nasi lemak tu .. uwaaa….

sekian ,
Puanbee
KSRS ( Kelab suri rumah sedunia )

Hari Ni Terkesan

Salam Bahagia 🙂

Uhuk uhuk .. hari ni hari pertama sekolah di buka setelah cuti panjang kan .. kereta saya buat hal lagi .. adeiiiiii… dah lah si kay my chubby hubby tu pun tak sihat dah 3 hari dia sakit tekak , batuk2 tak leh makan .. anak2 semua pun kurenggggggggg… lauk habis .. tadi lepas hantar kakak .. saya bawak lah keta tu jalan jauh sikit .. tup tup mati tengah jalan nasib sempat pusing streng ke tepi .. fuh semangat … pastu kena jugak call kay .. dah ler usung anak2 kecik ni kan … tak kan nk bertapa bawah panas terik ..call kay dtg tukar air kat enjin tu boleh lah bawak balik .. adei esok cam mana kah nak hantar si kakak tu pulak .. layannnnnn…..

Lepas balik , dengar cerita tak best .. seorang kawan di ceraikan hanya kerana ajak pergi pasar malam .. adeiiii.. apa nk jadi kan ? Saya pulak terkesan .. kesian.. tak tahu nak pujuk kawan tu cam no .. semalam satu hari tk sidai kain sebab diorang gaduh dan saya tak sanggup tengok muka kawan yang tengah kesedihan tu .. ermm ntah lah nk cakap apa…

Hari ni adalah hari yang meletihkan .. nanti malam baru lah pergi ronda2 ke blog korang .. malam free sikit heheh .. daa…

Sekian ,
Puanbee KSRS ( Kelab suri rumah sedunia ) 🙂