Review : Blog Pilihan NZA

Salam selamat malam semua..harap semua sihat2 saja maklumlah hujan-hujan ni kan..bee dari smlm sakit gigi tp wat macam tk de apa-apa…malas layan sakit-sakit nih..heee…

Dah lama bee tak buat review kan ? kali ni bee buat setelah di perkenan kan oleh tuan punya blog ! haha bukan boleh main terjah je orang marah nanti tak best !..
Blog ini kepunyaan seorang ibu dan guru bee suka baca di blog ni sebab , banyak jugak ilnu untuk mendidik anak-anak di selitkan dalam entry blog NZA ini….antara kata2 pengenalan NZA :
Seorang ibu kepada 4 puteri & 1 putera. Seorg guru Matematik ttp amat meminati bidang PSV….Tiada yg paling berharga dlm hidup selain dr keluarga…
 
Haa guru matematik tu tau ! boleh lah berkenalan dengan cikgu ni nanti…

KLIK sini UNTUK KE BLOG NZA
Menyentuh kembali keadaan blog NZA nih…background cantik tapi agak berat ..antara sebab utama blog menjadi berat adalah :
Terlalu banyak gambar diselitkan {bee cadangkan akk buat scroll box untuk semua gambar tu nanti , kalau ada yang nk tengok gambar boleh scroll disitu, }
Entry di page depan juga agak banyak , NZA letak 7 entry di page depan itu juga boleh menyebabkan loading blog menjadi perlahan {bee cadangkan akk kurang kan menjadi 3 entry sahaja}
Template bergambar juga agak berat sebenarnya..tips nak tengok code atau benda apa yang berat cuba tengok dan perhati apa yang susah sangat nak load..erm faham tak ? mcm serabut jer bee taip nih…
Blog list pun banyak dan panjang benor banyak blog list tak salah tapi akk boleh settting menjadi lebih pendek letakkan 5 link sahaja untuk satu-satu blog list tu, jangan risau setiap kali mereka update enrty akk akan nampak juga!
Kalau boleh jangan pakai widgeo widget sebab seperti yang di ketahui widget tu akan spam blog , dan keluarkan iklan yang akan menyebabkan blog loading jadi lambat dan menggangu kepada sesiapa yang pakai berukband !
Ok kalau akk serius nak menjana pendapatan dengan nuffnang elok lah akk buang adsverlets sebab nuffnang tak suka di madukan ..hehee…kalau tak nk tak per tak kisah lah bab nih !..
Widget follower tu kalau boleh akk letak kan bahagian bawah sebab widget follower nih berat juga ! banyak link dan gambar di widget tu kan.. kalau letak di bawah cbox tu ok jugak !
lagi satu kalau akk tak nak org buat auto BW ke blog akk boleh lah guna Shoutmix , boleh lock website lain yg nk guna Autoblogwalking tu..Cbox tak de…cadangan saja! hehee.
Klau akk nak kurang kan lagi tempoh load ,akk boleh lah guna code lazy load untuk mempercepatkan loading blog akk…lazy load nih akan tangguhkan gambar dan keluarkan entry dulu , senanglah pengunjung nak baca entry yang terdapat di blog akk….
Ini dah berat sangat nih ..harap akak tak marah dgn komen bee yer….semua nih bee dah praktikkan kat blog bee sebab tu bee berani cakap!..

Sekian Terima kasih ­čÖé

Untuk kak NZA kalau nak tanya apa2 boleh email bee yer kita bincang..
Entry ini auto publish sebab bee nk bawak baby pergi klink mcm demam cikenpop lah dia tu..tapi hujan je lah pulak ! ermm…

Tak cukup anak 3 , Nak tambah lagi..

Tambah anak ? neihi neihi bukan anak saya .. oh tak rela nak ┬áberanak ┬álagi buat masa sekarang. Ini anak express punya.. Semalam 29/1 kay tu keluar pagi2 beli roti canai terjumpa lah sekor anak kucing ni duk berbungkus dalam plastik ! katanya…

Lepas tu kay pun bawak lah balik si anak kucing tu ,saya nih tak lah berminat sangat nak bela kucing ni rasa macam tambah kerja jer lah pulak ! nih anak dara pingitan yang 3 orang ni pun penat juga nak jaga..macam2 kerenah , tambah lagi anak kucing nanti tambah – tambah lah saya ┬ákena mop lantai , kalau sebelum ni sehari 5 kali mop lantai silap2 lepas ada kucing nih jadi 10 kali pulak ! ye la kot dia main buang ikut suka hati dia je.. penat weii !!..

 

Apa lagi bebel lah memang tak suka sangat lah , rumah dah lah tinggi payah nak jumpa tanah..Rumah pun tak lah besar sangat , kecik je nanti dia buang bau satu rumah tak suka! ..eii renyah sungguh , lain lah kalau duk kampung kan , tapi kay dengan kakak duk pujuk-pujuk lah jugak ! kesian lah , bla bla bla..erm jadi pun terpaksa lah juga membela kucing ni.. Depa tau nak main je dengan kucing tang lain semua kita yang kena buat tu yang tak siyookk tu..(geli) ..
Aku kalah dalam perdebatan itu …maka terpaksa lah┬ámembela anak kucing┬ánih..ermm..kucing tu comot sangat kena lah mandikkan dia…oh tak boleh comot2 nanti ntah apa-apa penyakit pulak jangkit kat baby tu dah lah baby tengah demam ciken pop tu…so kena mandikkan dulu kucing tu..
Semalam kan cuaca mendung jer tunggu panas keluar tak juga keluar last2 tak tahan tengok baby asyik dok pegang kucing comot , saya redah bagi mandi jugak lah..kesian kucing tu terketar-ketar dia..haaa..nak buat cam mana  ..

 

Kucing ni macam dah biasa di mandikan tak melawan pun , rilex jer masa nak gosok2 kepala dia dgn air..tak mcm kucing lain mesti memberontak …┬áTengok tu macam baby jer saya ┬ámandi kan dia..haha walaupun tak suka tapi naluri keibuan tu tetap ada penyanyang gitu…ehem2!

Dah mandikkan lap lah sikit , sebab hari mendung kan panas pun tak de takut si kucing nih demam lah pulak !..

Termenung ingat kat mak kot ! haa jemur badan..

Opsss nak pergi mana si kucing ?? ┬ámai sini … ┬átapi dia buat tak layan jer..┬áAgak dah kering sikit , apa lagi korek telinga dia bersih-bersih baru lah baby boleh pegang kucing tu dengan aman ! tak gitu..

Comel tak ?comel tak ? Kesian dia kena proses dengan saya hahaa….kesian tapi ketawa.. macam mana tu? erk..┬ánanti saya cerita gaya pemakanan kucing ni .. demand sabar jer lah !!!

Berat Body

Selamat malam kepada yang masih tak tidur lagi..hehe malam nih borak dengan abg teroro dan rafina mimi fasal berat body blog…jeng jeng jeng bee berjaya jugak mengurangkan berat body blog bee…

Antara sebab utama bee tukar template bee , berat layout blog bee sebelum nih 159 kb..selepas tukar layout tinggal 78.51kb..then bee buang lagi widget dan tambah jacquary lazy load jadi 78.5 kb..best kan bila dah kurus nih..haha blog jelah orang nye tak pun.!

opss harap mimi dan abg teror yang peramah nih tak marah bee sebab buat perbandingan dengan blog depa!

yeayehh..korang nak timbang jugak ?
klik link di bawah..seelok2nyer biarlah berat blog tu bawah seratus yer..baru lah senang orang nk Blogwalking gaya model! ahahh…

Jadikan Template Mesra Seo

SEO ..SEO..SEO..hehe entry ini khas untuk DEQdeq Dan Rafina mimi..juga untuk sue manja yang tanya tips SEO tu ..lain dari ini BW laju2 kot! hee

Bee terlepas cakap pada mereka kalau nak pilih template tu mesti pilih yang mesra SEO, then diorang tanya balik apa SEO tu..kihkih Bee terbaca di banyak blog bahawasanya SEO nih penting..untuk template wordpress memang dah ada meta-meta untuk jadikan template tu mesra SEO tapi blogspot kebayakkan kena tambah sendiri tau!

untuk mengetahui apa itu SEO { klik sini } bee tak pandai nak jelaskan..nanti tercopy orang marah weiii!!

Dan ini penerangan lebih lanjut lagi tentang meta tag..bee faham pun dari blog ni lah..{ klik sini }

Untuk panduan Pemasangan Meta tag pula { klik sini }

Tapi inilah tips SEO untuk mendapatkan traffic tanpa susah payah Buat blogwalking ­čÖé
ok selamat berjaya!

Menanti lebaran. . .

Uwah da dekat nak raya. .raso tk sabar dah nk balik kampung. .dah lame tak balik. .walaupun blh col, 3g , sms dan sebagainya. .tp tk sama dgn perasaan dapat bekumpul ramai2. .nak2 tahun ni beraye di rumah sendiri. . Perbezaan beraya kat bandar dgn kampung sangatlah jauh. .silap2 hari bulan mokcik yg over main bunga api di kampung nanti. .eheh lawak jer yea. . .tapi tu lah dgr cerita famili kakak dan adik tk dapat balik. .uwah dah kurang tiga orang anak buah tu. .kurang ler meriahnya. .

P/s :ni ada beberapa tips, perkara yg patot korang buat untuk memeriahkan lagi suasana raya korang. .

-Edar risalah atau cetak kad jemputan kpd kengkawan dan jiran tetangga untuk beraya kat rumah korang.

-Pasang bunting atau banner di setiap tiang lampu sepanjang jalan memberitahu betapa bestnya beraya kat rumah korang.

-Kanak-kanak yg datang bukan sahaja diberi duit raya tetapi boleh join sukan rakyat seperti merebut kerusi atau meneka biji betik.

-Sebelum tetamu makan terangkan tentang nama,jenis,asal usul serta cara membuat kuih muih raya dgn penuh begaya dan berhemah.

-Buat rumah terbuka dua puluh empat jam selama lapan hari,lapan malam tanpa henti.

-Mengadakan mini konsert percuma semasa tetamu bertandang ke rumah korang.

-Menyediakan pelbagai jenis juadah selain HARI RAYA AIDILFITRI seperti juadah TAHUN BARU ,CINA ,DEPAVALI, HARI GAWAI atau juadah perayaan lain yg ada di MALAYSIA.

-Membuat liputan secara langsung di radio atau TV tentang suasana kemeriahan beraya di rumah korang.

Kehkeh ada ke yg nak buat mcm tu?

Sunyi nya rasa ! Bila dah sunyi..

Bersiaran malam-malan buta ! eh dah pagi laaa~~~

Erm sunyi jer rasa , bila dah sunyi mula terkonang-konang macam-macam..Dah lah tadi tengok cerita seram..jentayu lah..apa lagi satu cerita tu astro prima punya lah..aiyooorrkk !!

Duduk seorang diri ditemani lappy di satu sudut meja..si kecil bertiga tu dah tidur..ayahnya tak pulang-pulang lagi..bee menanti dengan penuh sabar ! ehemmm mengantuk dah rasanya nih..tapi tak nak tidur lah nak jumpa en suami tu dah berapa hari tak jumpa nih asyik balik lewat jer..dan ada rasa sikit bersalah semalam bee hangin pada dia sebab lewat balik tak call, tak mesej , hati jadi risau , bee call dia 26 kali tak juga angkat..akhirnya bee pun mengamuk tak hengat ! tidur tanda protes..tak lama lepas tu en somi call balik , bee angkat tapi marah-marah..lapas tu tak nak cakap dah..

Esok nya dia call time nak hantar anak…dia explain kenapa dia tak angkat fon ! kenapa dia balik lewat..rupa-rupanya dia tengah tadah telinga pada bos dia, sebab ada breakdown! entah tak tahu kerja orang lelaki ni macam mana ..tapi bee mula rasa bersalah sebab marah dia semalam..hukss sampai hari ni masih rasa bersalam..ampun kan daku !! Adoila…hari ni tekad tunggu yer !

Bila budak nih tak mengacau bee, bee jadi rindu !

Moral dari cerita ni : jangan cepat berprangsangka buat isteri-isteri dirumah tu..siasat dulu ! buat suami-suami pula call lah dulu kalau pun BZ boleh sms kan..jgn lah bg bini tu risau bagai…

Contest Aksi Makan yanmieonline.com

Bee join contest yanmieonline.com pulak hadiah nyer hosting…! wow bee nak hosting free itu….para pembaca blog bee doakan bee ada tuah disitu.

Nak join ? klik banner tu yer…syarat-syarat pun simple jer..hadiah paling menarik buat blogger..hehee

Bee pertaruhkan gambar nih..una tengah makan cendol…
gambar sendiri yer..no google2 ­čÖé

Contest Aksi Makan Yanmieonline.com di taja khas oleh Fivio.com dan SuaraPeople.com
nak tengok hadiah nyer ? klik sini pulak !contest berlangsung selama sebulan sahaja 19/01/2011-19/02/2011

itu saja..hope menang lah ! daa~
Contest Aksi Makan Yanmieonline.com di taja khas oleh Fivio.com dan SuaraPeople.com

Experiment Una !

As-salam semua ..selamat petang..ini entry auto publish..kerana bahawasanya lappy kesayangan ku di hangkut oleh kay ke tempat kerja..uwaaa rindu tau kalau sehari tak online rasa terketar-ketar jer jari ni ala-ala macam terkena penyakit parkinson…

okey dah alang-alang tu mari layan experiment apa yang una ni buat..tau-tau penoh gambar dia jer dalam henpon bee..opss gambar bee kebanyakkanya datang dari henpon nokia N79 kesayangan ku..hehe ok gak kan …bee tak suka guna kamera entah kenapa…

eeeeeeee!!!!

uuuuuuuu!!!

wooooooo!!!

ngaaaaa!!!

ngeeee!!!!

yuuuuu!!!!

aaaaaaaaaaaaaaa!!!!!

Una tengah buat latihan vokal..baby selaku penyokong fanatik ! hehee
enjoy nanti malan jumpa ! yeaaayehhh!

Elak Tengking Anak

Ada banyak alasan mengapa ibu bapa suka menengking anak-anak. Sama ada kerana si kecil tidak mahu mendengar kata , suka berbuat bising dan sebagainya. Dengan menegking, ibu bapa mengharapkan anak akan menurut perintah mereka . Namun , menurut psikologi , seharusnya ibu bapa mencari cara lain untuk menasihat kan anak-anak dan tidak elok untuk menengking mereka.

angry kids

Menengking boleh memberi pengaruh yang buruk kepada perkembangan si kecil , kerana ibu bapa yang kaut menengking boleh merenggangkan hubungan mereka dengan si kecil. Selain itu tengkingan juga tidak akan memberi pengajaran kepada anak-anak.

Ketika anda menegking , mungkin anda berfikir itulah cara anda meluahkan kemarahan kepada anak-anak. Namun , bagi si kecil yang ditengking akan merasa tertekan dan merasakan dirinya tidak berharga serta mengecewakan orang tua nya.

Si kecil yang berusia 10 tahun , tidak akan melawan andai di tengking. Tetapi akibat dari sikap pasif mereka , akan menimbulkan masaalah kepada ibu bapa kerana tidak tahu tekanan psikologi yang di alami anak akibat di tengking.

Ibu bapa yang biasa menegking anak-anak akibat kemarahan sebenarnya mendidik anak-anak untuk melakukan hal yang sama kepada mereka . Apa yang penting , anda boleh bersikap tegas kepada anak-anak tapi bukan dengan cara menegking nya…

Hasil pembacaan bee jugak ! di kongsikan disini..