20 Mac 2013 Keputusan SPM keluar | Cara semak keputusan SPM secara online dan sms

Yeay! Keputusan SPM akan keluar pada 20 Mac 2013 ini. Bedebar pula saya rasa (mengada). Sabar ye saya melawak sikit. Tanggal 20 Mac jam 10.00 pagi nanti boleh lah ramai-ramai buat lawatan ke sekolah masing-masing , jika tidak berkesempatan boleh lah ikuti cara nya di sini untuk semak keputusan SPM secara online dan sms. Semoga perkongsian ini dapat memudahkan ibu bapa dan pelajar itu sendiri.

Tahniah kepada yang lulus cemerlang di dalam peperiksaan SPM 2013 yang kureng berjaya tak apa , SPM bukan la segala-galanya. Perjalanan masih jauh ada yang baik sedang menanti. Kita tak tau…

Cara semak keputusan SPM SMS (Pesanan ringkas)

Taip SPM [NO KAD PENGENALAN][ANGKA GILIRAN] hantar SMS ke 15888
contoh : SPM 701010011010 BCXXXXXXX hantar SMS ke 15888
Cara semak keputusan SPM secara online di SAPS

Sila terus ke link ini WEBSITE IBU BAPA

Masukkan no kad pengenalan calon spm  , tanda kan di bahagian sekolah menegah dan klik butang semak laporan. 

Itu sahaja cara untuk menyemak keputusan SPM melalui sms dan juga online . Semoga memudahkan.  Keputusan UPSR , keputusan peperiksaan pengal di sekolah tahun 1- tingkatan 5 juga boleh di semak melalui portal SAPS ini.

Leave a Comment

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.