2 JENIS KULIT KAYU MANIS YANG MESTI ANDA TAHU

Spread the love

Kayu manis antara bahan herba yang di gunakan dalam masakan kita seharian. Kita jarang ambil tahu sangat jenis jenis kayu manis yang ada dalam pasaran. Yang kita tahu kayu manis je kan.

Termasuk la saya.. Memang selama ni tak pernah tahu & ambil tahu rupanya kayu ni ada beberapa jenis jugak. Ingat kayu manis semuanya sama jer.

Jom kita berkenalan dengan jenis jenis kayu manis..

Kayu Manis Cassia – permukaan kayu manis cassia kasar. kayu manis cassia tebal dan keras. kayu manis cassia coklat tua kemerah-merahan. kulit kayu manis cassia yang kering tidak menyebabkan bergulung sepenuhnya dan membentuk ruang kosong. Kayu manis cassia beraroma sengit (berat), pedas dan pahit/kelat. Kayu manis cassia dikatakan lebih digemari ramai kerana aroma dan rasanya menjadikan hidangan lebih lazat Pada sesetengah orang. kayu manis cassia mungkin dianggap sebagai kayu manis betul.

Kayu manis ni paling banyak mendominasi pasaran. Mungkin kita guna selama ni adalah kayu manis cassia la kot kalau dia paling banyak dalam pasaran. dikeluarkan oleh tiga negara iaitu China, Indonesia dan Vietnam. Nama latin kayu manis cassia berasal dari China ialah cinnamomum aromaticum dengan dua sinonim iaitu C. cassia dan C. ramulus. Spesis C. aromaticum ditanam di beberapa wilayah selatan China iaitu Guangxi, Guangdong dan Yunnan. Ia mendapat jolokan kayu manis China.

Indonesia ialah pengeluar utama kayu manis cassia dunia yang meliputi 85 peratus pengeluaran spesies Cinnamomum burmanii. Penanaman spesies ini tertumpu di kawasan pergunungan Kerinchi, wilayah Jambi, Sumatera. Ia dikenali sebagai kayu manis Indonesia, Padang cassia, Batavia cassia atau korintje.

Kayu manis Ceylon – Tekstur permukaan kayu manis Ceylon adalah licin. Kulit kayu manis Ceylon nipis dan rapuh. Kayu manis Ceylon berwarna coklat muda atau kekuning-kuningan. Kulit kayu manis Ceylon yang nipis bergulung sepenuhnya apabila cukup kering tanpa meninggalkan ruang. Kayu manis Ceylon beraroma lembut dengan rasa tona sitrus dan manis.

Terdapat beberapa perbezaan antara kayu manis spesies Ceylon dengan spesies cassia. Nama latin kayu manis Ceylon ialah cinnamomum verum dengan dua sinonim iaitu cinnamomum zeylanicum dan laurus cinnamomum. Pengeluar utama spesies ceylon ialah Sri Lanka diikuti Seychelles dan Madagascar.

Vietnam pula mengeluarkan kayu manis spesies Cinnamomum loureiroi yang ditanam di utara negara tersebut. Ia dikenali sebagai kayu manis Saigon

Di Amerika Syarikat, kayu manis Ceylon dikenali sebagai kayu manis betul manakala kayu manis cassia pula sebagai kayu manis palsu (false/fake cinnamon).

Rasanya ramai kan baru tahu rupanya selama ni ada dua jenis kulit kayu manis dalam pasaran. Apapun semoga info ni bermanafaat kepada kita semua terutama yang selalu memasak kat dapur. Kulit kayu manis pun main peranan dalam masakan juga ok.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *