19 Foto di Muzium Taiping Perak Sempena Cuti Sekolah

19 Foto di Muzium Taiping Perak Sempena Cuti Sekolah

 

Ini cerita dah lama juga , awal cuti sekolah bulan November 2013. Saya meluangkan masa dengan anak – anak dan pergi melawat Muzium Taiping Perak. Baby belum lahir lagi .. baby lahir 3 hari selepas melawat Muzium. Seboleh – boleh nya nak juga lah anak ada kenangan cuti sekolah kan. Cuti kali ni mereka tak dapat pergi bercuti jauh-jauh dek kerana ayah kerja jauh , ibu pula sarat mengandung.

Jadi melawat Muzium pun ok la … eh ibu nya pun baru dua kali sampai ke Muzium Taiping ni .. nama ja orang Taiping … ala korang pun , yang tinggal di Taiping mesti tak melawat Muzium kan kan kan ?

muzium taiping perak

Ini kubur batu zaman dulu-dulu .. kalau korang datang baca lah kisah kubur ni di situ .. ada betul-betul depan pintu Muzium.

bayaran masuk ke muzium taiping | harga muzium

Waktu lawatan ke Muzium Taiping adalah 9 pagi hingga 6 petang . Waktu tutup Muzium nya pula adalah Hari Pertama Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Special kan ? bila-bila je boleh melawat muzium taiping … pergi lah …

Bayaran Masuk

  1. Tiket berharga RM2.00 untuk dewasa.
  2. Masuk adalah percuma bagi kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun dan pelajar berpakaian seragam sekolah.

muzium perak taiping

Aliya dengan peralatan pemadam api zaman dulu-dulu ..

lawatan ke muzium

Husna dengan peralatan menaip zaman dulu ..

info muzium di taiping

Husna , Laila dan Opah … eh opah pun tak pernah masuk Muzium .. kalau padang besar banyak kali sampai … hahaha …

melawat muzium di taiping perak

Laila .. macam comel je .. macam kecik je ..
2013-11-06 15.39.20

Maksu … entah apa di sembangkan dengan seladang tu .. agenda rahsia mungkin. Di Muzium ni ada banyak replika binatang / binatang yang telah di awet untuk di jadikan pameran. Ada berbagai jenis binatang .. nak tahu lebih lanjut kena datang sendiri .. gambar banyak sangat nak tunjuk satu-satu pun ..

Apa yang pasti teruja juga bila bawa anak anak mengjelajah muzium ni ..riuh rendah dah .. kalau lah binatang tu boleh dengar . mau di kejarnya kami …

2013-11-06 15.42.37

Pelajaran dan sedikit ilmu mengenai kewujudan logam di …

2013-11-06 15.43.12

Tembaga hasilan orang dulu -dulu .. sekarang macam dah pupus kan ?

2013-11-06 15.50.01

Sedikit ilmu tentang kewujudan Orang Asli di Malaysia.. banyak sangat info .. tak ingat sangat nak tulis pun .. gambar banyak la .. kalau nak tahu pergi sendiri ..
2013-11-06 15.50.45

Ini di antara barang hantaran untuk perkahwinan ORANG ASLI .

2013-11-06 15.51.02

Pengakutan Orang asli ..

2013-11-06 15.56.01

Saya suka tempat ni .. dengan lampu suram terbentang peta dan ilmu SEJARAH AWAL TEMBIKAR. Anak- anak yang kurang nak ambik tahu terus tekun membaca .. bijak ..

2013-11-06 15.56.28

Dengan mak ..dan adik bongsu … mengandung sarat tu … buat kenangan .. 🙂

2013-11-06 15.58.36

Ilmu tentang adat perkahwinan semua kaum di Malaysia .. elok bawa anak-anak , dalam masa sehari banyak info dan sejarah dia tahu ..

2013-11-06 16.06.58

Antara pengakutan terpenting zaman dulu ..

2013-11-06 16.07.55

Entah apa yang di tulisnya .. satu pun ibu tak boleh guna untuk banyak kan info di blog ibu ..

2013-11-06 16.08.44

Ini apa ?

2013-11-06 16.09.01

Ini lah van jenazah dulu – dulu .. tulisan jawi lagi …  ingat mati … insaf seketika …

Ada masa lagi … Keluarga yang tinggal berdekatan boleh bawa anak-anak melawat Muzium Taiping . Bayaran masuk pun tak mahal mana … kalau rajin sikit lagi sediakan buku , pen tulis … anak-anak saya rakam .. kemain belagak … Taiping sejuk sekarang ni kan ?

Curi masa taip entri .. si kecik asyik meragam manja .. nanti ada pertambahan info saya update .. insyallah …

Alamat : Muzium Perak Jalan Taming Sari, Taiping, 34000 Perak

Tempat menarik berdekatan : Taman Tasik Taiping & Zoo Taiping.

Kemudahan pegangkutan : Menaiki bas sehingga ke Stesen bas Taiping dan seterusnya menaiki teksi.

Terdapat banyak pilihan tempat tinggal.

Berhadapan penjara Taiping .. penjara lama tu ..

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

9 Comments


  1. memang sesuai untuk keluarga pergi bercuti sambil mengenal sejarah dulu-dulu.

  2. bagus untuk kanak kanak pi dengan keluarga utk menambah ilmu

  3. wah seru juga ya bisa jalan-jalan ke musium,,, bisa mengenal sejarah lebih jauh,,,

  4. nis ngaku siap2! haha… tak penah masuk muzium taiping… kalau Zoo dah byk kali… :p

  5. Bestnya dapat melawat ke Mezium Taiping… Saya pernah pergi masa kecil-kecil dulu jer… Bila dah besar ni asyik bawa anak-anak melawat zoo Taiping jer.. Dah itu yang dia orang suka…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *