14 Minggu kehamilan – ibu rasa apa ?

14 Minggu kehamilan – ibu rasa apa ?

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Diam tak diam , celik mata tutup mata , setiap hari , kerja nak tidur dan makan , sekali semak balik ..oh dah masuk 14 minggu usia kandungan bayi dalam perut ni. Tiba-tiba dari tak ada loya-loya muntah , sekarang dah ada . Oh serik la dengan muntah-muntah ni , pengalaman lalu memeritkan. Sekarang ni makan pun agak kurang berselera , nak makan macam-macam tapi sikit saja boleh masuk.

hamil 14 minggu

PERKEMBANGAN FETUS HAMIL 14 MINGGU – BABYCENTER.COM.MY

Dari mercu kepala ke punggung, panjang bayi anda adalah sekitar 3 setengah inci / 9 sentimeter, dan beratnya satu setengah auns / 43 gram. Sekarang, badannya membesar dengan lebih cepat daripada kepala. Di minggu ini, kulitnya yang halus senipis kertas itu menutupi badannya dengan lanugo (bulu halus dan lembut yang lazimnya gugur sebelum kelahiran). Walaupun bulu kening mula timbul dan rambut di kepala pun tumbuh, ianya boleh bertukar tekstur dan warna sebelum kelahiran.

Di masa ini, fetus boleh memegang, mengecilkan mata, mengerut dahi dan menyeringai. Ia juga mungkin boleh menghisap jarinya. Penyelidik percaya bahawa pergerakan-pergerakan ini dan yang lain mungkin berlaku beriringan dengan perkembangan impuls dalam otak. Baca lebih lanjut mengenai pergerakan bayi anda semasa kehamilan.

Jika anda belum lagi membuat janji temu untuk pemeriksaan serum maternal (juga dikenali sebagai ujian tiga serangkai), eloklah dilakukan sekarang. Ujian ini menyediakan informasi lanjut tentang bayi anda, dan menapis bagi sindrom Down dan kecacatan lain. Juga, doktor anda mungkin mengesyorkan amniosentesis antara minggu ke-15 hingga ke-18 bagi wanita berumur lebih dari 35 tahun dan mereka yang mempunyai sejarah kecacatan kelahiran. Jika umur anda lebih dari 35, lihatlah artikel kami mengenai bagaimana umur mempengaruhi kehamilan.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan – walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

 

Suka sangat tengok video 3D bayi dalam perut mengikut usia nya di babycenter. Kalau nak tengok sila ke LINK  . Sweet sangat-sangat . pengubat segela keresahan bagi menghadapi simptom kehamilan ni. 🙂

Susu tak boleh masuk langsung .. acaner ni ?

Comments

  1. moga kandngan dan pn bee sihat sokmo..

    n kasi tips pun tak tau..hoho

  2. rasa seronoklah. haha..

  3. mama3heroo :

    Alhamdulillah..moga baby bee sihat sampai lahir nanti..x sabo nk tggu baby bee ni..

  4. Alhamduillah… seronok giler dgr Bee pregnant
    mcm diri plak yang nak sgt baby baru.. kih3..

    sabar bee.. mual2 lagi sekali ingat muka una lela.. weeeee

  5. Wah akan ada entri untuk perkembangan kandungan sehingga genap 9 bulan.

  6. BeritaKaki :

    kena pantang banyak2 kalau tak silap..huhu..sedih nya jadi ibu tapi seronok kalau anak dah keluar. 🙂

  7. bila ingat2 balik masa ngandung dulu rasa rindu pulak..rasa best je..tapi nak alami tu yang siksanya..gegheheh

  8. Puan Bardboo :

    kalau makan benda masam-masam boleh terima tak kak?

  9. nak jugakkk !!!! hehehhe

Speak Your Mind

*