11 Tips : Lakukan Bersama-Sama Ketika Cuti Sekolah Hujung Tahun

Share

Cuti sekolah hujung tahun tiba lagi , selepas habis cuti anak-anak akan memulakan sesi persekolah untuk tahun baru , guru baru dan buku baru. Apa yang boleh di buat di waktu cuti sekolah panjang begini selain dari bercuti bersama keluarga , bangun lewat dan menonton kartun sahaja ? Sebelum ini di post Cuti sekolah bermula bermakna ? ramai juga ibu bapa memberi komen. Rata-rata ibu bapa membuat persiapan juga untuk melayan anak ketika cuti sekolah kan? walaupun tak nampak sangat.

anak-anak ketika cuti sekolah

Disini saya kongsikan 11 tips dan idea untuk dilakukan oleh ibu bapa dan anak-anak di rumah ketika waktu cuti sekolah yang panjang ini .

  1. Buat latihan untuk anak  bangun awal  , mandi dan solat seawal pagi. Susah nih sebenarnya ..
  2. Membuat latihan matematik , kuiz matematik sesama adik beradik . Dan ibu bapa boleh tawarkan hadiah sesudah anak berjaya menunjukkan peningkatan . Contoh hadiah : Pergi melawat legoland.. contoh je lah ehhhh ..
  3. Mengelakkan membeli barang keperluan sekolah di saat akhir. Lakukan pengiraan segera.. Melawat banyak kedai bagi mendapatkan harga terbaik.
  4. Mengemas almari pakaian bersama anak. Buat semakkan baju yang tidak lagi muat di pakai , rosak dan perlu di ganti. Apa yang masih boleh digunakan dan tidak boleh di gunakan. Susun atur pakaian untuk sepanjang hari ketika anak bersekolah nanti. Sediakan secukupnya ruang untuk menyimpan baju mengikut masa persekolahan anak. Ianya dapat menjimatkan masa anda nanti.
  5. Pastikan anak-anak mempuanyai baju untuk bersukan secukupnya. Anak selesa dan kita suka melihat mereka.
  6. Memberi tunjuk ajar untuk anak belajar membersihkan , mengatur almari pakaian mereka. Memberi rewards jika perlu.
  7. Membuat rancangan untuk kejayaan anak , memotivasikan mereka agar membuat dan belajar dengan lebih baik dari tahun lepas. Dibenarkan anak berkongsi idea mereka dan di pantau oleh ibu bapa.
  8. Sediakan tempat belajar anak dengan warna-warna yang segar dan selesa. Pastikan alat tulis dan peralatan anak-anak cukup ianya boleh mengubah mood belajar anak-anak anda bagi menyambut kedatangan tahun baru untuk alam persekolahan.
  9. Membuat sedikit latihan “lompat tikam” . Contoh beli kamus bahasa yang anak-anak lemah dan belajar sedikit-sedikit.. sehari 20 perkataan misalnya.Inyanya berguna untuk menambah pengetahuan dan menyegarkan minda anak-anak.
  10. Mengajar anak tentang makanan kesihatan. Mengajar agar anak dapat memilih makanan tengah hari yang menyihatkan. Membuat jadual makanan yang anak suka jika perlu. Membuat perbincangan dengan anak-anak untuk perancangan menu di waktu sekolah nanti.
  11. Kemaskini semua perancangan di atas selema beberapa minit setiap hari . Ianya tidak lah sesusah mana , pastikan ianya ringkas dan padat. Latihan ini dapat mengajar anak-anak disiplin dan pengurusan diri yang baik.

Sekian , selamat bercuti semua …..

P/S : Saya suka jika anda berkongsi entri ini dengan menekan butang di sebelah ..terima kasih …

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

21 Comments:

  1. Pingback: Mencari Semangat @ Pantai Bukit Keluang - Pondok Kecil

  2. Pingback: Mencari Semangat Menulis Blog @ Pantai Bukit Keluang - Pondok Kecil

  3. tak sabar balik kampung jenguk family tersayang..

  4. mmg kene wat planning time diorg cuti sekolah..kalo x asyik main aje..huhu

  5. hehe.. saya anak kecil lagi.. 🙂

  6. sebuah aktiviti yg baik nih

  7. waahh…boleh ikut tips2 yg best ni…tp lg beberape tahun la kot coz nawfal setahun lebey baru.. hehe

  8. tips menarik tp tak tau boleh buat ke tak sbb skang ibu berada pada tahap paling malas.hikhik

  9. Pingback: 11 Tips : Lakukan Bersama-Sama Ketika Cuti Sekolah Hujung Tahun | Apesal.com

  10. tips yg menarik utk persediaan cuti sekolah.

  11. nice tips. thanx 4 sharing 🙂

  12. Cuti sekolah. Isteri dan anak-anak saya akan ke rumah ibu saya kerana sekarang ini musim durian. 🙂

  13. Tip yang bagus untuk diikuti. Paling bagus biasakan diaorang bangun pukul 6 lebih setiap hari.

  14. terbaik kalau dapat ikut semua tips ni(dapat 50% pun ok kot). banyak main n tengok tv memang matlamat anak2 masa cuti…kita kena disiplinkan macam tu n sekali sekala banwak jalan2 jauh sikit.

  15. Salam,

    Sebelum ini Aiman kat Tadika tak gunakan langsung duit, sekarang tengah ajar dia gunakan duit sama ada wang kertas atau syiling, senang untuk dia gunakan masa sekolah nanti contohnya masa rehat nanti nak beli makanan, kalau bab ni tak tau memang tak makanlah anak kuikui, tapi dia kata dia nak bawa bekal aje 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *