10 Makanan untuk otak yang bijak dan cerdas

Nak otak yang bijak dan cerdas marila amalkan 10 jenis makanan ni. Walaubagaimana pun ada beberapa makanan yang jarang di sentuh .. kenapa ? ermm tak tahu nak cakap .. kurang di beri pendedahan mungkin. Dan banyak alasan lain. Di bawah ada 10 jenis makanan sahaja. Padahal kalau nak ikutkan banyak lagi makanan yang merangsang otak dan kecerdasan badan ni. Tapi tu la kita selalu amalkan apa yang ada depan mata jek .. kan kan kan ? Antaranya makanan kesukaan Rasullulah s.a.w ini.

2012-07-07 13.53.45

Sedapnya la sushi ni .. mengidam dah ~ Sapa nak belanja ? 

1. Salmon

Salmon merupakan sumber asid Omega 3 yang sangat baik kepada semua orang termasuk ibu mengandung dan kanak-kanak . Kanak-kanak yang makan salmon sekurang-kurangnya dua kali seminggu akan mempunyai minda yang tajam.1. Salmon

Saya sangat sukakan salmon , tetapi jarang makan kerana nak beli tu bukan boleh beli sebarang , kadang-kadang dapat yang tak segar jadi tak sedap. Nak pulak salmon ni lebih sedap jika kita masak separuh masak. Tapi dua kali seminggu ye ? boleh di usahakan … Ermmm.. terkecur air liur di saat menulis entri ini. Dulu-dulu mak bagi makan ikan sadin , ikan duri je .. tak kenal ikan salmon ni tau.

2. Telur

Sumber protein yang sangat mudah boleh didapati daripada telur. Kuning telur mengandungi choline yang penting untuk perkembangan otak.

Telur tak payah cakap la , memang peberet .. agak-agak sebulan ada la dekat 100 biji saya bekalkan di rumah. Sikit-sikit telur .. mak nya suka .. mesti anak pun suka.

3. Mentega kacang

Kacang dan mentega kacang kaya dengan vitamin E iaitu antioksida yang mengawal membran saraf.

Pun suka .. gilir-gilir beli di antara kaya , jem , dengan planta untuk di sapu pada roti. Selalu makan mentega kacang pun tak sedap jugak.

4. Bijirin penuh

Otak memerlukan tahap gula secukupnya untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Pengambilan bijirin pada waktu pagi mampu memenuhi keperluan tersebut

Ini yang paling jarang .. entah .. asal beli stok banyak2 jek habis .. so tunggu mak dia shopping baru ada stok bijirin di rumah.

5. Oat

Oat merupakan bijirin untuk otak. Kanak-kanak yang mengambil bijirin ketika bersarapan akan mendapat tenaga pertama untuk otaknya daripada oat. Oat yang kaya dengan serat juga menyediakan tenaga sepanjang pagi untuk anak.

Oat ni kesukaan anak-anak , mak nya liat sikit nak makan oat .. nestum pun kurang .. tapi anak-anak suka .. allhamdulillah..

2012-04-28 19.40.19

Laila masa umur setahun kot ..

6. Buah beri

Buah-buah beri seperti strawberi, blueberries, ceri mengandungi antioksida yang sangat berkuasa. Vitamin C yang terkandung di dalamnya dikatakan mampu mengelakkan serangan penyakit kanser. Kanak-kanak yang mengambil buah beri secara konsisten akan dapat memperbaiki daya ingatannya.

Jarang-jarang juga ..

7. Kekacang

Kekacang merupakan makanan otak yang utama untuk mengekalkan tahap tenaga pemikiran manusia.

Beli kacang tanah goreng sendiri , bungkus dlm plastik kecik-kecik ,memang jadi snek anak-anak. Badam pun sedap ..

8. Sayur-sayuran berwarna-warni

Warna terang pada sayur-sayuran segar sangat baik kerana warna tersebut menandakan kehadiran antioksida padanya selain daripada vitamin dan mineral yang penting. Antioksida mengekalkan sel otak yang kuat.

Biasa hari-hari kot.

9. Susu dan yogurt

Protein dan vitamin B yang ada dalam produk tenusu penting untuk pertumbuhan tisu otak, enzim dan neurotransmitters. Susu dan yogurt juga kaya dengan protein dan karbohidrat yang merupakan sumber tenaga untuk otak.

Susu biasa .. yougurt kurang .. :)

10. Daging tanpa lemak

Daging tanpa lemak merupakan antara sumber makanan yang kaya dengan zat besi. Zat besi merupakan mineral yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan membantu mereka menumpukan perhatian terhadap pelajaran di sekolah. Daging lembu juga mengandungi zink yang bagus untuk memori.

Daging jarang , di sebabkan ayahnya tak boleh makan daging .. jadi kurang menu daging. Nampaknya kena usahakan juga beli daging .. sebut daging teringin burger la pulak .. hehe ~

 

Jadi marilah kita amalkan makan makanan untuk minda dan otak anak-anak kita menjadi semakin cergas .. cehwahh  ~ nak beli salmon dan test pemanggang yang ajaib sangat tu ..

Daa~

Sumber : Majalah Pa & Ma dan di olah oleh puanbee :) untuk semua

Search

Comments

  1. BeritaKaki :

    ini juga memang diperakui .. :)

  2. kira-kira byk gak senarai kat atas ni dah jadi menu utama..salmon tu dah jadi macam menu wajib..and of course telur memang favorite lah..sayur mesti ada and kekacang tu makanan sampingan untuk restkan otak…so In Shaa ALLAH ok kot..tq kak bee for tge info..
    raudzah recently posted..16 Gambar Demonstrasi Di India Selepas Budak 5 tahun diculik dan dirogolMy Profile

  3. saya memang suka makan salmon, tapi tak berapa nak murah la.. hehe
    Muktasim recently posted..Gambar Climb For Green, Penang HillMy Profile

  4. Makanan2 ini harus selalu kita konsumsi agar tetap bisa menjaga kinerja otak nie..
    terima kasih atas ilmunya, izin bookmark :)
    Jefry recently posted..Jasa Sedot WC Jakarta Pusat Telp. 021-9311-8787My Profile

  5. dalam banyak2 tu satu je yang anak saya tak makan..telur..dia alah dengan telur..dia makan je cuma tak boleh makan.bila makan telur mesti hidung jadi bintik2 merah,.,
    diana recently posted..ANTARA POLITIK DAN ARTISMy Profile

  6. memang bagus amalakan makanan ni sejak dari kecil lagi..
    makanan-makanan sunah juga baik
    Mus recently posted..Ditembak Isteri Dan Meniru Effect Infrared Yang Tidak MenjadiMy Profile

  7. Makoi, seratus biji telur sebulan? Hehehe..
    Amirul Aslam recently posted..Bisnes Internet : Antara Mimpi Dan RealitiMy Profile

  8. saya makan susu dan sayur je. oat memang tak bleh telan dgn susu, jadikan ia biskut baru bleh mkn.
    eiela recently posted..Bila Orang Muda Mula BertukangMy Profile

  9. Makana yang bagus-bagus tu.. boleh diamalkan nie..
    MindaKini recently posted..Budak Buta Berusia 8 Tahun Hafaz Al-QuranMy Profile

  10. Saya suka Yogurt.. Yogurt juga boleh kuruskan badan, kan? kan?
    Anarm recently posted..Ninetology Insight dengan Rebat RM200 Pakej Komunikasi BeliaMy Profile

  11. Dalam byk2, oat yg paling byka ambe beli dlm sebulan. Satu lg buah epal plus sayur…

    Terima kasih puan bee berkongsi..best!

    p.s.telur tu, buat telur mata ke? ke ade resepi best? hihi
    hafizmd recently posted..Super Suami?My Profile

  12. boleh amalkan ni, hehe.. tambah2 lagi pelajar sekolah mcam lisa, wahaha xD makanan tak seimbang, otak tak jalan woo.
    Cik Lisa recently posted..Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 3My Profile

  13. thanks.. info yg sgt bagus =)
    HafizAmri recently posted..Sunah Hari JumaatMy Profile

  14. Bard dah besar-besar macam ni baru reti nak makan yogurt. Kalau dulu, memang tak pandang langsung. Huhu
    Mama I.A recently posted..[SHAKLEE] Vitamin Untuk Ibu HamilMy Profile

  15. Okey…. lepas nie nak buat stok la minuman yogurt kat umah tue…..
    hazman aka species1980 recently posted..HAZMAN vs FOOD – McDonalds Double Smookin’ BBQ Beef BurgerMy Profile

  16. Daging dengan lemak adalah yang paling sedap! Hehe tapi alhamdulillah, duduk kat Mesir ni daging mahal sangat, so sangat jarang dapat makan. Hehe

    (baca bab makan, padahal tengah tunggu waktu nak berbuka, memang menggoda)
    Zida recently posted..Aduh, Peritnya Mengulang!My Profile

  17. Telur tu rasanya tiap2 pagi mesti makan. Harap dapat la otak yang bijak tu.
    Hazmin Hamudin recently posted..Surat Pengesahan Dalam JawatanMy Profile

  18. lama dah rasanya tak makan sushi nih..
    titan recently posted..Selalu tak dapat macam ini?My Profile

  19. Ada sesetengah drp mknan tu sntiasa ada stok kt rumah n ada drpnya langsung xdisukai anak2….
    nza recently posted..Lagi-lagi Keychain Felt.My Profile

  20. wahhh, boleh dikatakan semua benda disenaraikan diatas tu saya makan kecuali ikan salmon, x pernah lagi nak merasa salmon nih, hehe
    Juan recently posted..Tips dan Petua Menghilangkan Jerawat Secara SemulajadiMy Profile

  21. Yogurt tetap tidak terlepas dari capaian anak bongsu aku setiap kali pegi shopping…..!
    Galut recently posted..Teknik Guna BannerMy Profile

  22. Anak2 saya tengah suka makan yogurt sekarang ni..
    Hairul Azni recently posted..Tarikh Penting PRU 13My Profile

  23. Cuma dibimbangkan adalah pengunaan racun dan baja kimia. Ada yang organik, hargalah pula.
    akubiomed recently posted..Lenspen memudah kerja cuci lensaMy Profile

  24. jom amalkan cara hidup sihat, bermula dengan telur…he he. angin pun banyak keluar nanti.
    pbee sekeluarga makan telur 100biji sebulan, boleh tahan ni.
    Denaihati recently posted..PRU13 : Senarai Calon Parlimen BN, PAS, DAP dan PKRMy Profile

  25. Semua favourite… jom makannn!
    elly-daily recently posted..Nak jimat – buat sendiri je lah.My Profile

  26. hum… mmg makanan yg selalu mkn juga ni.. n ader juga stok kt dapur.. tapi benda sedap… mmg xepat habis lar.. cuma ikn salmon tu.. hehe siyes xpernah mkn ….
    sicantikmatahari recently posted..Di Kuala Gula Sanctuary ResortMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

Hakcipta Terpelihara · PuanBee.com · Diselia dan diselenggara oleh AI MEDIA NETWORK
%d bloggers like this: