10 GAUN PERKAHWINAN JIMMY COUTURE YANG PALING CANTIK

Nama Jimmy Couture bukan lagi asing dalam dunia fesyen.Rekaan nya sering menjadi pilihan golongan selebriti untuk digayakan di majlis-majlis anugerah dan menjadi pilihan raja sehari . Apa yang membuatkan busana perkahwinan rekaan nya  sentiasa menjadi pilihan adalah kerana rekaan nya moden dan ringkas namun cukup cantik untuk digayakan.

Saya cukup tertarik dengan beberapa rekaan Jimmy yang saya boleh kategorikan sebagai paling cantik dan gempak.Untuk mereka yang mempunyai bentuk badan yang ramping dan tinggi anda sangat sesuai mengenakan dress perkahwinan Jimmy Couture.Bagi yang merasakan dirinya tidak mempunyai bentuk badan yang cantik, rekaan Jimmy Culture juga sesuai untuk anda kerana potongan nya akan membuatkan anda nampak ramping dan menawan.

Saya kongsikan 10 rekaan gaun Perkahwinan dari Jimmy Couture untuk anda sebagai inspirasi dan idea untuk anda di hari bahagia anda nanti.

Dress Perkahwinan Jimmy Couture Yang paling Cantik

Gambar : Jimmy Coture Malaysia

Untuk mereka yang suka kan dress yang buat anda nampak lebih seksi tapi menawan , design seperti ini sangat sesuai untuk anda.Kain lace digunakan sepenuhnya dibahagian luar dress.Untuk bahagian dalam nya menggunakan kain  seakaan-akan warna kulit .

 

Gaun perkahwinan  yang paling saya suka dan sangat cantik.Dari warnanya hingga lah ke rekaan nya sangat sempurna dan menunjuk kan ianya memang gaun perkahwinan.Penggunaan lace yang sangat tepat di bahagian dada pinggang .

Dress perkahwinan memang akan menggunakan lace yang banyak namun rekaan Jimmy  ada kelainan nya apa bila lace hanya digunakan untuk menonjolkan dress perkahwinan tersebut tanpa mengenepi kan fabrik asas nya.

Bahagian bawah dress pula dibentuk dengan kemas supaya apa bila anda berjalan bentuknya kekal .Saya suka dengan pilihan warna nya yang tidak menggunakan warna lain untuk lace dan fabrik asas.

Diharapkan artikel ini memberi ispirasi untuk bakal-bakal raja sehari memilih busana perkahwinan mereka.Anda tidak perlu melaburkan wang ringgit yang banyak untuk mendapatkan busana perkahwinan yang cantik.Cukup dengan pemilihan warna yang tepat, rekaan yang bersesuaian dengan bentuk badan anda dan perincian pada busana yang ringkas .

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *